Thursday, October 8, 2009

adam


hari ni adam buat perangai lagi..mamat tu ajak aku klu p tengok wayang..mamat ni tau je yg aku tgh bosan tahap gaban..tapi entah kenapa aku rasa malasla plak..aku nak p tengok movie ngan buchuk gak..dah lama tak spent time 2 gether..tapi bila aku call buchuk..dia kata dia sangat sibuk..dan bila dia letak phone time aku ngah bercakap tu yg buat aku nek antoo...malas nak layanla..

bila dah jadi macmni, aku rasa nak je terima pelawaan sdsm tspi msldls..nsnti bergaduh lagi dgn buchuk..x kisahla..yg penting aku dgn aktiviti tetap aku...membute..indahnya..ptg tu gak aku rasa terkejut sbb dapat berita dr lin..dia cakap dia pregnant 2 bulan..ha?biar btl minah ni..hr tu dia gak cakap..xmo bb la itula, inila...tapi...dah rezeki kan..terima jela..ha, bila macam ni, baru aku perasan, member sebaya aku semua dah kendong bb..akubila lagi?tunggu duit membukit dulu..huhu

Wednesday, October 7, 2009


bosannya menghadap hari2 aku ni..
masalah aku takde sape yang tahu.
pada siapa aku nak luah?pada buchuk?
bukan...
dia takkan layan masalah aku..
cuma masalah kawan baik dia dunia kahirat jer yg dia layan..
yg pasti aku terlalu tertekan dan aku akan pendam sampai aku rasa aku tak mampu pendam..
masa tu aku tahu pada siapa aku nak cerita yg pasti bukan pada buchuk..

Monday, October 5, 2009

bolehker?


Akhir-akhir ni kepala aku ni sik berfikir bolehke hidup sebumbung dengan orang yang kita tak cinta..Orang dulu-dulu berkahwin atas pilihan mak bapak diorg..nikah dulu pastu baru bercinta. Tapi rumahtangga diorang kekal gak sampai berpuluh-puluh tahun..tapi zaman skang ni boleh ker? Yela nak duk sebumbung.hari-hari nak mengadap muka bolehke kalau takde cinta kat hati? Sedangkan yang berkahwin atas dasar cinta bergaduh macam nak tsunami inikan plak yang berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi atas dasar pilihan kedua ibu bapa..tak bolehla bayangkan..


Pada aku, perkahwinan ni bukan setakat hidup sama dan dapat anak je, tapi perkahwinan sebenarnya perkongsian hidup, masalah, jiwa, suka, duka, susah, senang dgn pasangan kita.kalau kita berkahwin dengan orang yang kita tak cinta bolehke kita kongsi segala-galanya bersama?mesti susah kan? tapi kenapa org dulu2 boleh? Aku pernah tanya benda ni kat tok aku.dia kata cinta tu boleh dipupuk..walaupun pada asalnya takde cinta kat hati masing2 tapi lama-lama nanti akan datang cinta bila dah duk lama..tapi aku masih tak boleh terima semua teori tu.ada betulnya, tapi berapa lama nak tunggu sampai adanya cinta?sampai bongkok?sampai menopous?aku tak boleh bayangkan..mesti susah..


Tapi, perkahwinan atas dasar cinta tak semestinya menjanjikan kebahagiaan pun..tapi bukan semuala.ada yang memang betul-betul bahagia kahwin atas dasar cinta..cuma, aku mungkin terlalu paranoid bila bercakap tentang kahwin ni.aku jadi sangat takut.takut kena kahwin dengan org yang aku tak cinta..takut gak bila berkahwin dgn org yg aku cinta..yela, angin aku ni satu badan takut bila jadi sesuatu dalam perkahwinan aku, cepat je aku naik angin.masa kita marah manala ingat cinta ke apa ke..tapi harap2 aku tenangla hadapi dugaan andainya aku dah kahwin nanti..


Bagi aku, aku tetap nak berkahwin dgn org yg aku cintai.. tak kisahla berapa lama pun aku kena tunggu, aku akan tetap tunggu sebab aku tak yakin aku mampu hidup sebumbung dengan org yg aku tak cintai.aku habiskan masa aku dan kongsi segala-galanya bersama org yang aku cintai.andai satu hari nanti mak bapak aku suruh aku kahwin dengan pilihan hati diorg, aku lari!!jadi buchuk, bila nak datang meminang??

Me + hasnul + movie



Disebabkan bosan punya pasal dan bengang dengan perangai buchuk, aku setuju jerk terima perlawaan hasnul p tgk movie sesame..dah lama dah dia ajak aku kuar tapi aku malasla sebab nak jaga hati buchuk.yela, nanti cemburu plak buchuk..aku taknak dia salah sangka plak nanti tapi disebabkan aku baran tahap g aban ngan perangai dia tu, aku kuar je.lantakla.


Kul 2.00 hasnul amek aku..duk fikir nak tgk movie katne.lastly, kami p kat melaka mall coz kat situ paling dekat dan senang nak parking..ptg tu ramai gak yg layan movie, aku duk fikir nak layan citer per..ingat nak p ngok jin notti tapi mangkuk ayun mana layan citer melayu..tak berubah dr dulu sampai skang!!benci aku..sama jer macam buchuk..mana layan citer melayu kat movie ni..entah kenapa aku pun tak tau..bagi aku, aku tak kisah citer apapun yg penting aku suka dan aku tak pakai pun duit org2 yg duk mengata tu..podah!


Yg aku bengang ptg tu si buchuk tu tak habis2 kejap2 call, kejap2 call..bakar darah betolla mamat tu.nak je aku off tapi x sampai hati..aku sayang dia..xnak nanti bergaduh..penatlah bergaduh..kitorg kalau dah bergaduh kang kemarau kat melaka ngan tangkak nanti..jadi, aku layan jela call dpd dia..siap ko nanti buchuk.geram aku!


Ptg tu kami ngok citer gamer coz citer yg lain macam gampang..citer ni okla sket drpd yg lain tu..layan jela..tak ramai mana pun yg tgk citer tu..xdla penuh sangat..ramai yg datang tu kekasih kot dok peluk cium depan aku..lantak korangla..


Not badla citer tu..biasa2 aja..aku macam biasa kuar panggung je mesti kebulor..aku pau hasnul makan kat secret recipe tp dia xmau..kedekut drpd dulu menyampah aku!!ermm..aku ajak dia makan kat ayam taki..ayam kan…aku tak kisah..abis je makan dia ajak aku p berjalan tp aku malas..penat r!!nak balik tido lagi best..apa lagi, memuncung jela mamat tu sepanjang jalan..aku cakapla kat dia, ada masa nanti kuarla lagi..barula dia senyum..menyampah aku..


Tapi, kuar dgn hasnul sebenarnya buat hati aku rasa sedikit tenang..spt dulu, dia tak berubah dengan perangai dia yang sangat mengambil berat dan sentiasa bagi motivate kat aku..sepanjang jalan tu banyak gakla dia nasihat aku..at least, kurangla sikit angin baran aku ptg tu..aku sampai umah tepat kul 6..sblm mamat tu balik sempat lagi dia kutuk aku gemok..siput babi btol!!tapi memang aku dah gemok dari biasa pun..huhu..apapun, hepi kuar ngan hasnul coz dah lama tak hang out 2gether..

Wednesday, September 30, 2009

raya..raya..



tiz raya was my saddest raya..i'm alone..all alone..raya sorg2 jer...buchuk jauh.sibuk sangat dengan famili dia.ngan mama dia..dia kan anak mama...so, aku raya jerk sorg2..huhu sib bek ada sedara mara dan anak buah aku kalau tak, mau meraung aku dibuatnya..huhu..

perangai aku dari dulu memang mcm ni..cepat bosan dengan benda apapun..samala macam blog ni..nak taknak jerk skang aku tulis blog ni..tapi, walaupun malas, aku akan teruskan gak..yela, blog ni dah macam diari aku..tempat aku luah dan citer segala2nya..sedaya upaya aku akan tetap teruskan amin..

tak banyak sangat pic aku tangkap tiz raya coz no moodla..wat to do..pic anak buah aku jerk yang banyak..pic aku takmo tangkapla..macam ju-on muka aku ni..hih!

Wednesday, August 26, 2009

perginya seorang teman



25 ogos 2009 yang lalu aku kehilangan seorang kawan baik aku..nadia @ nuts..kawan yang telah menjadi sahabat karib aku dunia dan akhirat sejak dari kami belajar di ipt lagi..pada diala aku mengadu dan luahkan segala masalah aku..pada diala tempat aku tumpang bermalam kalau aku ke utara..tapi...kini tiada lagi..nuts dah pergi selama-lamanya tinggalkan aku dan kawan2 yang lain..sepi sangat aku rasa.dan yang paling aku terkilan ialah, aku x dapat melawat jenazahnya..yela, aku dapat berita subuh dan dia dikebumikan tengah hari..memang aku sangat terkilan tapi apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang2 yg beriman dan bertaqwa..amin..
namun, nuts pergi dengan meninggalkan zuriat..ye,zuriat lelaki yang kini diberi nama Mohd Harith Iman.nama yang telah disumbangkan oleh kawan2 nuts..moga anak tu kelak dapat mengubati lara keluarga arwah dan kami sekalian..apa yang aku selalu harapkan ialah arwah tenang di sana dan moga dipermudahkan urusannya di sana..mana tahu esok atau lusa giliran aku pulak..bukannya kita tahu ajal dan maut kita..namun, kehilangannya benar2 aku rasai..

Monday, August 24, 2009

ramadhan datang lagi


akhirnya...ramadhan datang lagi..bila tiba bulan ramadhan ni, setiap tahun azam aku nak kurus..tapi selalunya tak berjaya sebab makan tak ingat dunia..masyaALLAH apa nak jadi dengan aku ni..ramadhan kali ini, aku sambut tanpa teman di sisi tanpa...hanya ada buchuk.. .tahun ni harap dapat jalani ramadhan dengan sempurna hendaknya..moga ramadhan ini membeawa seribu keberkatan dalam hidup aku amin..

Port dickson oh p.d


Morning shizuka!!Aku bangun awal kul 7 a.m coz nak pergi picnic ngan buchuk hari ni!!What a wonderful day..buchuk cakap kat aku semalam pukul 9 dah gerak..so, aku bangunla awal..yela, semua barang aku x kemas lagi..aku lambakkan jer..aku bersiap-siap pagi tu..sampai jam 10 lebih buchuk takde pun call aku..hati aku dah hangat da…rasa nak kaki jerk!!Kaki kang!!Sabar..punyala lama aku tahan sabar, aku tido balik.malas r nak tunggu.benci tol!!Buat sakit gigi aku jer…baru aku nak letak kepala mamat tu call.. “pagi sayang” nak jer aku kaki..sib baikla..dia cakap nak pergi cuci kereta dulu baru gerak..barula aku terkedek-kedek pergi mandi..kul 11 buchuk sampai aku tak siap lagi..biarkan..padan muka dia..huhu..

Kitorg pergi makan dulu sebelum gerak ke pd.aku pun tak taula kurun ke berapa beruk-beruk ni semua nak gerak..lantakla..at last, mereka semua tukar plan gerak kul 1 plak..lantakla korang..si buchuk ni sempat lagi balik masjid tanah rembat apa yang patut..alamak hai…aku pun tak tahula kul berapa depa ni semua nak bergerak..aku pulak yang nak naik hantu rasanya..kul 1 lebih gak gerak..mula-mula lagi hati aku dah tak keruan dah..hati aku dah panas dah..dekat kul 2 gak kot baru gerak..pastu buchuk join semula konvoi budak-budak ofis..then the trip began..buchuk cakap kami sume akan bermalam kat sunshine apartment..aku pun jarang dengar nama tu.aku tak kisah sangat yang penting tempat tidur cukup dan selesa dah memadai bagi aku tak kisahla tempat tu kecik ke lebo ke apa ker..

Sampai jerk kat pd ku dah sangat teruja..yela, aku suka pantai kan..bila nampak pantai suker giler.x sabar nak mandi laut..huhu..bila sampai jerk kat pd ni, teringat time aku and my frenz buat picnic sesame dulu..mesti picnic kali ni seronok gak macam kami buat dulu…x sabar..kul 3 lebih kot kami sampai kat sunshine apartment tu..tapi yang aku musykil aku xdla pulak nampak signboard sunshine tu..naik pening aku dibuatnya..ah, biarla..malas aku nak fikir yang penting dah sampai...

Sampai jerk kami check-in masuk..tapi aku ada rasa ketidakmesraan di kalangan semua budak-budak ofis buchuk..yela, aku pun tak pernah jumpa dan berbual panjang dgn depa jd, agak kekokla..kami sewa dua apartment.satu apartment ada 2 bilik?Apa? 2 bilik?Ha?Macamana ya..sedangkan perempuan ada 7 orang..then ada plak yang bawa baby..ermm..otak aku ligat berfikir..tapi aku masih buat tak kisah lagi.sampai jerk depa sume dah sibuk tempah bilik la apala, sibuk buat rempah ayamla itikla lembula utk wat BBQ malam nanti katanya..so, aku malas nak amek port memandangkan depa pun macam tak rela jer aku join depa.aku pun wat lebam jela..duduk mengadap tv dgn citer yang entah apa-apa ntah..aku dah mula naik bosan dah sebab semua yang ada kat situ macam taknak berbual jerk..bisu ke letih..ah,persetankan mereka!!

Aku dah mula bosan dengan kerenah mereka so aku ikut buchuk mandi kolam..tapi semua yang mandi lelaki.aku sorg jerk pompuan.pompuan yang ada sume xnak bila diajak mandi..sibukla katakan.aku pun malasla..aku dah nek bosan + marah + mengantok tengok bebudak ni mandi sebab aku xd aper nak dibuat…tuhan…rasa menyesal plak pergi picnic ni tapi nak buat macamaner..

Bukan nak kata apala..aku pun selalu gak organize benda macam ni ngan member-member aku..tapi kami akan pastikan jumlah bilik dan katil memberi keselesaan penghuni dan aktiviti walaupun tak padat tapi menyeronokkan.tak kisahla kena berbelanja lebih sikit pun asalkan puas hati..lagi pun bukan selalu..tapi, bila pergi picnic ngan budak-budak ofis buchuk ni aku naik hairan dan tertanya-tanya, kenapa dan mengapa programnya seperti ini…aku xnakla komen lebih-lebih, aku makhluk asing dikalangan mereka..

Apa lagi, aku terus roger kat quduk..cuma kat dia je aku boleh luahkan segala ketidakpuasan hati aku..dengan buchuk time ni kalau aku komen apapun, xdnya dia nak layan.aku dah masak sangat dgn perangai dia tu.wat sakit gigi je cakap ngan dia.baik aku mengadu kat quduk.puas hati aku.kami makan pizza ptg tu.balikm dah letih tapi aku tak boleh tidur sebab aku takde tempat nak tidur.jadi aku cuma duduk dan bersiap nak ke pantai dgn harapan aktiviti dipantai nanti lebih menyeronokkan..

Ternyata ramalanku silap.sekali lagi tiada apa aktiviti dipantai cuma menanti senja utk BBQ..ah…bosan!!rasa nak balik je malam ni gak!!&*%$ tol!! Aku tiada pilihan melainkan lalui je hari tu..malam, buat BBQ yang takde hala tuju..xd kesepakatan tiada kemesraan tiada segala-galanya..memang jauh berbeza dengan cara aku dan kawan aku organize benda ni..kalau aku dan kawan2 aku, kami pastikan sama-sama buat kerja, pastu makan kumpul sama-sama dan menyanyi , bergambar sama-sama.dan benda wajib kalau kami organize benda macam ni ialah kami pastikan kami berjalan pantai sama-sama..tapi, kali ni..hampa..dahla ku tak dapat mandi pantai, x dapat naik banana boat…sedikit kecewa..namun ku pendamkannya..bila buchuk tanya, aku cakap ok jer..

Disebabkan buchuk pun tak layan aku, aku pun roger semua kawan2 aku..mok dengan pantas datang ke PD tapi sampai agak lewatla,dalam kul 1 lebih katanya.aku suruh dia check-in kat memane hotel kat situ..malam tu jugak qardanie mesej aku..mamt ni dari dulu dia macam tahu jerk bila ku ni dalam kesedihan atau kesusahan..he’s always there..bagi semangat dan buat aku rasa selesa..dia yang bagi aku kekuatan untuk aku habiskan hari aku di PD..jadi, macam yang dani cakap, bersabar dan jangan tunjukkan ketidakpuasan hati depan organizer..aku ikut macam yang dia cakap..x kisahla buchuk tak layan aku pun..dia memang begitu bila bersama kawan-kawan dia..biarkan..

kul 11 lebih kami nek bilik..aku paling gelisah sebab aku takde tempat tido..so, aku dengan perasaan agak sebal terpaksa tidur atas sofa keras better then tidur berhimpit-himpit..x kisahla..tapi, memang aku tak boleh tidur..badan aku sakit, kepala aku sakit, hati aku sakit..aku mengadu kat buchuk tapi hati aku lagi sakit..menyampah betol aku..malam tu dani call..dia yang teman aku sepanjang malam tu..thanx frens.

pg tu kul 5 aku dah sedar coz baby kat sebelah aku melalak..alamak..potong betolla!!!ah..sampai ke siang aku tak boleh tidur..aku rasa nak balik je pagi tu awal2..dalam kul 10 aku gerak balik ngan buchuk. X sanggup aku nak lalui hari gelap di sana lagi.kami sempat singgah kat teluk kemang duduk lepak jap..pastu balik..tak sabar nak balik nak tidur..kalau macamnila gayanya, sumpah aku taknak ikut lagi!!!

G.I JOE



Setelah aku siap kemas segala barang-barang aku dari kolej, aku dengan pantasnya bergegas ke Melaka untuk berjumpa dengan buchuk…haha, mamat tu tak habis-habis call aku bila nak datang..mana taknya, aku bawa kete dia , kejap-kejap call, msgla, itula inila..takut sangat aku campak kete dia tu ke lombong..geram aku..disebabkan aku mengantuk + letih, maka aku pandu dengan sangat perlahan..wuahhh..menguap jerk sepanjang jalan..

Sampai jerk umah buchuk, dok berfikir nak ke mana eak? Memang macam tula selalu kitorgsakan nak kuar ni tapi selalu jerk tak de hala tuju..huhu..kitorg p window jap. Disebabkan bosan tahap gaban, kami plan nak ngok movie.tapi tak tau nak ngok citer pe..mamat tu sik tanya aku jerk, macam biasala jawapan aku, “ tak taula, bubu ikut jerk” bukan pe, otak aku dah letih..penat angkat barang-barang..akhirnya keputusan dicapai dan kami decide nak ngok G.I JOE.macam tak best jerk tapi x kisahla..layan jerk..tiket kul 7.30 plak..alamak, macam lambat sangat jerk..tengok jam baru kul 6.30..x jadila..macam lambat jerk..

Disebabkan tak jadi nak tengok movie, kitorg p karaoke jamban..macam tak best jerk karaoke jamban kat situ.memang macam jamban!! Kami nyanyi 5 lagu jerk..buchuk nanyi lagu indon ape benda ntah.aku pun tak pernah dengar..blasah jerk!!disebabkan suasana yang sangat tak selesa tu, aku pun malas nak nyanyi lebih-lebih..sikit-sikit jerk..selebihnya buchuk yang balun..suara buchuk,alamak…macam gampang!!sakit otak aku..dahla menyanyi tak ikut tempo,main belasah jerk..lantokler…layankan ajo..

Habis lepaskan tension melalak, kitorg decide nak pergi tengok wayang sebab tengok jam kul 7.30..daripada balik takde buat ape bek tengok wayang..huhu, first time aku tengik wayang pakai lengan pendek..pergh,aku boleh bayangkan sejuknya nanti macam maner..tapi nak buat macamner kan benda tak dirancang..

Ramai gak yang datang tonton wayang hari tu..yela tengah musim-musim HINI ni ramaila gak yang datang..penuhla gak panggung tu..masuk jer dah terasa kesejukannya..rasa nak peluk jerk buchuk tapi ramai plak mata-mata ynag memandang dengan perasaan kurang senang nanti..jadi…strateginya ialah bertahan..tapi nasib baikla, xd sejuk maner..so bolehla cool lagi tengok movie.

Mula-mula citer ni cam bosan jerk tapi lelama, best siot!!best sebab banyak benda-benda canggih dan menarik dalam citer tu..so, tak rugila kiranya nonton cerita ini dong!!asyik..huhu..

Cam biasa, aktiviti wajib kitorg sebelum tutup acara ialah makan!!haha, bila perut dah kenyang barula hati senang .time makan tu buchuk ada tanya pasal bebudak ofis dia nak ke PD. Sebenarya buchuk dah cakap kat aku daripada hari selasa rasanya..tapi aku macam tak ambil port sangat sebab aku macam tak berminat jerk.bukan ape..aku ni jenis tak kisah orangnya dan aku sangat suka aktiviti macam ni tapi…bila aku fikirkan semua budak-budak ofis dia,mmmm…buat aku berfikir banyak kali nak join atau tak program diorang tu..time kami makan tula kami dok bincang..tapi x jugak capai kata keputusan..

Tetapi entah bagaimana secara tiba-tiba hati keras aku ni nak pergola plak..yela, rasa macam bosan jerk nak ke exam …tu..tuhan..betulke keputusan yang aku buat time tu..ah..biarkan saja berlalu..malam tu gak kami berjumpa ngan fiza tuk bayar duit picnic tu..buchuk jerk yang p jumpa coz aku malasla penat dah..aku duk jerk dalam kete..settle sume buchuk hantar balik umah kak rita..dalam hati aku berharap agar esok menjanjikan kegembiraan, kemesraan dan ikatan persahabatan yang baru..dan aku berharap agar keputusan yang aku buat ni betul dan aku tak akan sesali sampai bila-bila pun…amin..apapun tunggu jela hari esok..shizuka excited!!

Sunday, August 23, 2009

Selamat tinggal kns2




Setelah berbulan-bulan aku bersabar dengan kerenah dan pelbagai janji dan omong-omong kosong aktor dan aktres terbaik di kns2,akhirnya aku nekad dan sebulat hati untuk meninggalkan kns2 selama-lamanya.bosan sungguh aku denga kerenah dan janji-janji palsu mereka.ingat aku ni apa?terencat ke?manusia manila yang boleh bersabar..aku memanglah bukan penyabar orangnya..

Aku pujuk buchuk datang ambil aku dan barang-barang aku.sebelum tu aku dah datang awal tuk kemas barang-barang aku..yela,melambak-lambak barang aku..semua budak-budak kat kolej tu buat macam-macam dialog bila tengok barang aku yang banyak tu.peduli apa kau.bikan aku pakai duit diorang pun nak beli barang-barang tu..bila aku cakap aku nak tarik diri dari kursus tu, budak-budak ni ada yang sedihla jugak,yela yang rapat dengan akula..macam-macam dialog yang keluar, “nanti tak meriahla bilik ni, takde orang kacau orang la…bla…bla..bla” hehe, famous gak aku ni.eak..kihkihkih..yela, hamper dua bulan aku bersama diaorg, terasala gak kalau nak berpisah tu..

Sempena dengan aku nak berambus dari kolej tu, aku setujula nka keluar berkaraoke jamban ngan diorang..jangan tak percaya, aku berjalan kaki tu dari kolej ke Jaya Jusco.jalan kaki, fuyoo…macam tak percaya..jalan kaki tu..yela, dah hari-hari terakhir ni, aku pun takdela kisah sangat walaupun aku kisah sebenarnya..huhu..kalaula buchuk tahu, memang mampos dia kutuk aku kau kau…x abis-abis dia menganjing aku t..huhu..

Suro menyanyi memang aku sakan..blasa jer best ke tak best ker..kami layan dalam 16 lagula rasanya..yela,boleh gak release tension sepanjang duk kat tempat sengal tu kan..aku pun tak sangka suara aku sedap rupanya..huhu..tapi seronokla sebab semuanya sporting time melalak kat dalam jamban tu kan..tak cukup dengan lagu kitorg, bila dah habis tak cukup duit tu kitorg boleh plak menyibuk nanyi lagu orang sebelah..blasa jer..punyala berbulu orang kat sebelah kitorg tu..lantokler..yang penting kami hepi menikmati hari tu…habis jer karaoke, apa lagi aktiviti yang aku paling suka, window shopping!!huhu…sampai malam pun jadi jerk aku..tapi disebabkan aku keluar berjlan kaki tadi, jadi banyak tenaga kau yang dah terbuang..so, takdela serancak selalu..berjam jugakla duk kat JJ tu ngan sibuk posing amek gambar lagi…Tiba masa nak balik tu, satu lagi azab…kena berjalan kaki…wa….penat betol..sampai jerk bilik aku dah terlepek..penat..

Esoknya aku bersiap tuk pulang..buchuk datang ambil aku hari ni…yeye…bila sampai masa nak berpeluk cium tu, rasa sebakla sikit..apapun, aku akan merindui mereka..selamat tinggal kns2..

Monday, August 3, 2009

betul ke?


betul ke tindakan yang aku buat ni?rasa sangat x tenteram dan x selesa je...yela, rasanya aku dah tak boleh buat keputusan yang tepat sekarang ni..kalau dulu, aku boleh lakukan segalanya sendiri, nak buat keputusan, nak ke mana pun aku boleh tentukan sendiri..hanya ikut kata hati aku sahaja.x perlu banyak bertanya dan banyak berfikir..tapi entah kenapa sejak kebelakangan ni aku jadi sangat lemah. lemah seolah-olah aku ni lumpuh..x berdaya.aku rasa orang o.k.u pun tak macam aku..kenapa dan mengapa? persoalan yang selalu sangat bermain difikiran aku ni..kenapa semakin aku meningkat dewasa aku rasa aku jadi semakin x yakin.seolah-olah aku tak mampu berdikari sedangkan dulu aku mapu berdiri atas kaki aku sendiri..

keputusan terbaru yang aku buat dalam hidup aku ialah..aku buat keputusan tuk berhenti belajar..berhenti sebab aku x tahan dengan pengurusan kolej tu...macam hampeh *&^%$..sakit sangat hati aku ni..bukan sekali dua tapi banyak kali benda2 yg kurang menyenangkan berlaku pada aku sepanjang aku kat kolej sengal tu!!!.mungkin ramai akan cakap aku ni bodoh sebab belajar benda tu separuh jalan jerk...tapi ini keputusan aku..aku tak sanggup diperbodohkan dengan pihak pengurusan kolej tu..

mungkin orang lain boleh bersabar tapi aku dah tak mampu nak bersabar...setiap saat aku berdoa agar keputusan yang aku buat ni keputusan yang tepat..dan aku mohon agar aku takkan menyesal dengan tindakan yang aku ambil ni..aku dah minta restu orang tua aku itu yang penting..aku dah tanya pendapat buchuk..mungkin rezeki aku bukan di situ..mungkin ditempat lain..amin..

Sunday, July 19, 2009

cintaku terakhir


Setelah lama kita berteman
Hatiku ini terasa cinta
Kau bagiku hanyalah kawan
Tapi diriku rasa sesuatu
Malam aku tak lena
Memikirkan dirimu
Sukar untuk ku kata yang kaula dihatiku
Kau cintaku yang terakhir
Mungkin selamanya
Kaulah satu teman hidupku
Akan ku mencintaimu

juara carta hati..


Tiap kerlipan mata, tiap nadi tiap hembusan nafasku
Makin kuat kurasa kehadiranmu di dalam mindaku
Tak pernah ku sangsi ragu-ragu tiap kata bicaramu
Kian dapat ku rasa keyakinan makin nyata
Kuatnya sungguh pengaruh
Kasih kita pertaruh

Romantismu buatku terharu
Sesungguhnya harus kau tahu
Sejak pencalonan baru
Kau melonjak ke puncak
Kekebalanku tak jemu juara carta jiwaku
Takkan goyah kedudukan tak berubah
Kau tetap nombor satu
Juara carta jiwaku
jika disamakan kisah cinta kita dengan perumpamaan
Aku bagai gurun dahaga menanti kehadiranmu hujan
Apa yang kurasa segala pahit manis dalam perkongsian sukma
Namun masih rela ku menempuh lagi asal kau ganjarannya
Dah tergambar naluri kita bersama nanti
Sehingga nyawaku berakhir
Takkan ku biarkan kau tersungkur

rindu..


rasa marah aku pada buchuk hilang apabila dia datang jemput aku hari tu..dia cakap dia bertolak ke Batam tengah malam so sempatla dia amek aku...ah...lega hati aku.kalau x, mesti aku kena tido kat bilik sorang2..takut..aku ni kan tergolong dalam kategori penakut..ptg tu dak intan,ct dan i-syah tumpang kami..jadi keadaan agak meriahla...dalam perjalanan aku sangat gembira sbb buchuk amek aku.rasa nak peluk cium je dia time tu tapi ada budak2 tu kenala kawal sket..huhu..kami berhenti makan kat melaka kat kedai aku paling suker D'Nangka...makan sampai x ingat dunia. tapi malam tu aku macam kurang selera.mungkin sebab ada sudik kot...huhu...gurau jerk..mungkin sebab keletihan sebab siang tu ada kursus ngan JKM...Apapun ,hilang marah aku pada buchuk..anyway,mekaceh buchuk...LUV U!!

bila buchuk sampai kat Batam jer,aku rasa sangat rindu..yela,selalu aku kejap2 tpon dia,kejap2 aku marah dia,kejap2 aku maki dia.bila dia xd,sape aku nak kacau,sape aku nak marah...pas tu nak call dia punyalah payah...ahhhh...x suke3..rindu buchuk...

bergaduh lagi...


semalam bergaduh lagi ngan buchuk sebab dia tipu.janji nak amek aku balik tapi x jadi plak last minutes...aku saje suruh dia datang jumpa aku sebab aku bosan duk cni...aku x kisah sangatla dia suro aku belanje ke apa ke asalkan dia datang sebab aku dah bosan tahap gaban kat sini...tapi yang tak best dia x jadi jemput aku sebab dia nak p Batam.benci!!!!hati panas jer....benci!!siap ko nanti eak...pijak2 ko kang!

Wednesday, July 15, 2009

impian yang belum tercapai...


tahun ni aku ada azam tuk jadi usahawan..ye, usahawan taska..bisnes yang memang dah lama aku teringin sangat nak buka...tapi masih lagi belum tercapai2...tahun ni jika tiada aral melintang moga menjadila kenyataan aku ini hendaknya..yela, nak tunggu kerja tetap dari kerajaan ni makan tahun..nek bertanduk da aku ni..x boleh sabar dah...cuma, baru aku sedar nak buka bisnes ni bukan senang rupa2nya.banyak sangat kerja yang nak kenme buat..kepala aku pun dah naik pening.ni baru permulaan dah rasa bahang kepenatan, t bila nak direalisasikannya lagi la perit agaknya...susah rupanya...tapi dalam usaha aku nak capai impian aku ni terlalu banyak sangat dugaan dn rintangan yang aku lalui.namun, aku bersyukur sebab orang2 disisi aku sentiasa memberi galakn dan kata2 semangat kepada aku terutamanya famili aku dan buchuk...mekaseh sebab sentiasa berdiri teguh di sisi aku selama ini....luv u guys!!!!

bukan rezeki...


sedih sangat bila ingat pasal semalam...yela,duit aku hilang...walaupun x banyak sangat tapi rasa galat sebab aku tak gunakan lagi duit tu...yela..dengan jumlah wang tu aku masih boleh beli makanan untuk mengisi godang perut aku yang bosar nie...tapi, bila duit tu hilang...rasa galat sangat.galat bukan ape,galat sebab aku tak gunakan lagi duit tu...tuhan je yang tahu perasaan aku..angkara siapa? aku x dapat nak pastikan sebba dalam bilik tu ada ramai manusia yang rambutnya sama hitam macam aku tapi hati budinya tak ku tahu..nak tuduh siapa pun aku tak tahu..aku cuma senyap je..yang aku termampu, aku cuma ceritakan kan buchuk je...tapi cam biaso mamat tu "o,yeke?macamaner boleh hilang?" tapi x kisahla...at least aku dah cite..sekurang2nya kurang sket beban aku ni...tapi hati aku masih tak puas..nak kecoh2 duit tu xdla banyak mana pun. t apa plak depa cakap "alahai, duit sikit pun nak kecoh" tu yang aku malas nak dengar...telinga aku ni bukan boleh ada suara2 sumbang ni..kang bergaduh plak..so, lobih bek den diam..cuma aku berdoa agar manusia yang mengambilnya tu taubat..bukan dia jerk yang nak pakai duit...fikirla orang lain..biar dia jatuh tangga depan mata ku!!!puas hati aku ni!!!biar padan!!bukan apa...hati aku terlalu sakit bila fikirkan hal tu...tapi, macam yang selalu mak aku cakap "bukan rezeki kita"...redhakan aje...aku tetap redha tapi redha dalam marah...

Tuesday, July 14, 2009

sedihnya...


sedihnya aku nak tinggalkan kampung halaman...entah kenapa sekarang ni aku rasa segala yang aku lakukan ada saja yang tak kena...aku terasa seperti aku nak pergi jauh jerk..rasa sayang dan takut nak tinggalkan orang2 yang rapat dan aku sayang..aku rasa terlalu bimbang aku tak akan dapat berjumpa dengan mereka lagi..ini perasaan pelik yang aku alami sejak 2 minggu yang lalu..aku x berani nak luahkan pada sesiapa cuma...pada buchuk..diala tempat aku mengadu...walaupun dia selalu x endahkan aku tapi aku tetap luahkan pada dia gak...siapa lagi aku nak luahkan..xkan nak luahkan kat adam,kuduk kot..t nek antoo plak buchuk aku ni.

hati aku masih tak puas walaupun aku dah luah kan pada buchuk...entah apa benda asing yg duduk dalam badan aku pun aku tak tau.yg pasti kau rasa terlalu pelik dan sangat janggal dengan perasaaan aku ini...sebenarnya....aku rasa seperti akan meninggalkan semua orang tapi aku selalu fikir positif yang ini adalah perasaan jahat yang aku rasa...moga ianya hanya perasaan jahat semata tuhan...amin...

Monday, July 13, 2009

Misi membalas dendam!!








Bukan nak kata apala tapi aku nek meluat gak ngan si buchuk ni.tak habis2 pergi bercuti!!kali ni nak ke redang plak…ngan kekawan baik dia dunia akhirat plak!!!!wtf!!berbulu aku dengar..memangla dah lama dia cakap kat aku tapi aku malasla nak amek pusing.dah 3 tahun ke 3 bulan dia cakap kat aku dia plan benda ni.aku wat dengar tak dengar je…

Aku bukan ape..aku x kisah pun kalau dia nak pergi bercuti 10 tahun ke 20 tahun ke dgn kawan2 dia,nak pergi bulan ke nak pegi marikh ke,kutub utara ke aku x kisah cuma…mamat ni ada satu perangai yang aku sangat x suke bila dia dengan kawan-kawan dia..dia x ingat kat aku!!fedup tol!!

aku x kisah pun dia nak kuar ngan kawan2 dan aku xnak hubungan dia ngan kawan2 dia jd terputus atau renggang disebabkan aku..yela, macam selalua org cakap,bila ada makwe,dah xnak hangout ngan kawan2 da..aku xnakla benda cam tu jadi kat buchuk ngan kawan2 dia.lagipun kawan2 dia dah kenal dia lama drpd aku kenal dia..aku xnakla t kekawan dia kecik ati ngan dia ker..aku xnak kongkong hidup dia untuk berjumpa dengan kekawan dia dunia akhirat tu sebab aku pun xnak dia kongkong aku berjumpa dengan kekawan aku..tapi dia melampau…..kalau dah keluar dengan kawan2 dia tu, lupa diri..x balik rumah pun x ape..kalau aku call dia cepat2 je dia nak letak phone tu pastu suara macam @#$%^&..pergh, apa lagi..nek antoola aku…macam2 kuar dari mulut aku @#$%^&*..

ni dia p redang ni entah apa perangai plak yang dia buat kang..aku malas nak layan..biarla, janji dia bahagia menghabiskan cutinya bersama kawan-kawan dia dunia dan akhirat tu..tapi, akan tiba harinya, dia terima pembalasan dari aku…hahaha..masa tu, biar dia rasa apa yang aku rasakan selama ni..baru dia tau aku boleh buat lebih daripada apa yang dia buat pada aku..time tu, aku nak wat lebam jerk.padan muka dia!!

Org kata x elok kita berdendam tapi pada aku selagi aku x balas dendam aku xkan puas!!maka, terlalu banyak strategi dan rancangan yang telah aku rancang bagi menjalankan misi aku ini..misi membalas dendam!!!masa tu aku akan pastikan dia merana dan betul2 merana!!!mungkin tindakan aku ni didorong dengan emosi tapi aku nak dia rasakan apa yang aku rasakan..aku akan pastikan misi aku ni tercapai walaupun amengambil masa yang lama…yang pasti misi shizuka akan tetap diteruskan!!

Rupa-rupanya…

24.06. 2009…pertama kali untuk tahun ni aku demam..demam yang aku tak pernah rasa.sakit semacam.semua tulang aku sakit..badan aku bisa2..kepala aku ni macam nak pecah!!sakit yg amat!!aku p clinic jumpa si Ahmad Syafik tu, dia kata aku takde mende,ok jerk..aku cakap badan aku sakit2 dia tak cayo.dia tak rasa memangla boleh cakap..nak je aku tumbuk muka dia yang hitam tu.geram tol!!!!entah apa2 ubat yang dia bagi kat aku ntah..tapi dia bagi aku m.c sehari jerk..ok la tu…

25.06. 2009…aku kembali semula ke klinik jumpa si Ahmad Syafik tu..nampak jerk muka aku dia senyum jerk..boleh plak dia tanya aku datang nak ape?aku cakapla aku demam..dia check aku ala kadar jer pastu tanya aku:

Ahmad Syafik : “nak m.c ker”
Shizuka : “ye”
Ahmad Syafik : “x bolehla, awak datang dah petang, saya tak boleh nak bagi m.c.lagipun
semalam saya dah bagi awak m.c”
shizuka : “ x boleh xpla.x heran pun m.c tu”
Ahmad Syafik : “jap2, saya nak amek darah awak.yela mana tau kena denggi ke kan…”
Shizuka : “ok”
Ahmad Syafik : ‘awak bawa darah ni ke makmal yer, saya sibuk ni”
Shizuka : “saya x laratla nak jalan, suro r misi kat luar tu hantarkan”
Ahmad Syafik : “awak ni malasla, jalan sikit pun x boleh”
Shizuka : “saya memang malas pun!”
Ahmad syafik : “macamanerla nak kawen t”
Shizuka : “ala, bukan saya kawen ngan awak pun,nape nak susah hati plak!”

Ahmad syafik membebel2 sambil bawa sample tu ke makmal.aku duduk jer.malas nak amek pot..dalam hati aku menyumpah tol.bangang tol la mamat ni.kan aku dah cakap kaki aku sakit,nak bergerak payah.mangkuk tol!! 5 min pastu dia masuk

Ahmad syafik : “darah ok,xd masalah..”
Shizuka : “bagusla macam tu”
Ahmad syafik : “awak ni manja sangat, demam sikit dah tak larat…”

Sebelum sempat dia cakap lebih2 aku mintak diri. T entah apa2 benda merepek yg dia cakap.bek aku blah..Dalam hati aku entah apa2la si mamat ni p.o.y.o..malas aku nak layan.macam2 nasihat taik kucin yang dia bagi aku.aku dengar jer.jaga makan, banyakkan minum air masak tau.podah!!malas aku nak mengadap muka dia yang tak berkaliber tu..serik aku nak datang lagi..

Balik umah jer aku malas nak makan ubat2 tu.ubat yang sama.tapi, badan aku memang amat2 x sedap..bisa2..tak tahan.suhu badan aku pun dah tak menetu.tengah2 panas ni aku boleh sejuk cam kat dalam aircond..mujurla mak aku ada..diala yang urut2kan badan aku ni…lega sikit..bila aku demam ni, benda yang aku paling tak tahan ialah sakit dan muntah.tuhan jerk yang tahu…malam aku tak tido..sakit..

26.06.09 aku ke klinik payamas…dapatkan rawatan sebab aku dah x boleh tahan dan aku malas nak mengadap muka Ahmad Syafik tu..sengal!!sampai jer sana,

M.A : ye, sakit ape?
Shizuka: x tahu
M.A : meh saya cek tekanan darah dan suhu.awak demam ni..
Shizuka : tau..
M.A : p bilik no.3, p amek darah dan masuk air sikit yer..

Sampai jerk at bilik no 3 tu misi tu darah aku..aku cakap kat misi tu amek jerk kat lengan sebab semalam saya amek darah kat lengan senang jerk nak cari urat..tapi punyala degil misi nama suraya ni dia nak gak amek darah aku kat tangan ni..pastu tak jumpa plak urat…aku dh cakap,degil betolla minah seekor ni…heee…ditepuk2 tangan aku ni,pastu dia marah aku,awak ni x pernah wat keje berat, susah nka cari urat..dia yang bangang,aku yang kena plak.sengal!!dia guna binatang ape ntah nak masukkan jarum kat tangan aku ni..punyala sakit macam #@$%*..pastu, aku masuk air plak…satu jam aku tunggu..misi2 tu boleh plak berbual lama2..sampai aku panggil misi tu..sabar jela…pastu M.A tu bagi aku M.C.Aku amek jerk..Aku dah penat dah ulang-alik p clnc tapi xd mende pun!!@#$%^&*!

27.06.09 aku dah x boleh tahan sebab badan aku sakit2 pastu muka ku kuar bintik2 merah..malam tu gak aku p Hospital Tangkak.jjumpa doctor..barula kau tau rupanya aku kena c.pox…patutla badan aku sakit2..terus dia bagi aku cuti 2 minggu..baru puas hati aku..sampai dua klinik aku pergi tapi,hampeh!!dua ekor tenuk tu x tau aku sakit ape..punyala payahnyer…sabar jela..

Sepanjang aku demam c.pox tu macam orang bersalin aku makan.semuanya rebus2..pastu makan ikan bilis jerk..orang kata kena pantang kalau nak cepat baik..aku pun ikut jerk…yela…nak cepat baik…sepanjang aku demam ni keje aku asyik tido jerk..aku makan ubat tu sik nak membute jerk.boleh dikatakan aku celik 4-5 jam je.selebihnya aku membute…indahnya….semua ni angkara penangan c.pox….apapun, aku ada gak pengalaman dengan c.pox…

Hari-hari murung shizuka




Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku asyik rasa murung jerk.nak kata aku datang bulan tak jugak, nak kata tak cukup makan,mustahil,nak kata tak cukup tido lagila x caye tapi entah kenapa aku rasa murung jerk minggu ni.bukan jer murung lebih teruk lagi aku nak baran jerk minggu ni.semua orang aku nak maki!!!lebih2 lagi bucok!!!ada jerk benda yang tak kena.mamat tu sik kena marah kena maki kaw2.padan!!semua yang dia buat salah kat mata aku.cakap pun semua salah..kesian gak aku tgk mamat tu sik kena marah jerkkekadang aku hot ngan org lain pun dia gak yg menjadi mangsa keadaan..kesian..tapi nak wat macamane,emosi aku ngah x stabil.tambah lagi perangai dia yg banyak sangat soalan macam wartawan pencen tu dan suka sangat menyakat aku time aku tengah hot pun.ah,ambik,aku fire sekali!! Tapi jauh disudut hati aku timbul perasaan menyesal dan kesian..sorry bucok…bubu didn’t mean it…sorry…

Tapi secara jujurnya aku sendiri tak faham dengan mood aku sekarang ni…sekejap aku hepi,sekejap aku nak mengamuk sekejap aku rasa nak menangis..ah,tension aku dengan keadaan macam ni..ada gak aku terfikir sebenarnya ni perubahan hormon sebab aku nak meningkat dewasa ker?keadaan macam ni normal ke atau luarbiasa?malasla nak fikir…aku memang malas nak fikir…

Sekarang ni aku rasa aku lebih banyak bermurung..lebih banyak bersedih dan lebih banyak bermonolog dalaman sendiri…mungkin sebab sekarang ni aku dikelilingi oleh org2 yang tak memahami aku..org2 yang tak mampu menggembirakan aku dan org2 yg membosankan..mungkin..tapi itu hanyalah teori aku sendiri..teori shizuka!! Aku cuba lawan perasaan aku ni.cuba hapuskan perasaan aku. Macam-macam dah aku buat untuk mengatasi masalah murung aku ni;

ü Makan dengan kerap
ü Tido dengan kerap
ü Pusing-pusing ronda kampung
ü Berjoging
ü Cuci baju
ü Menyapu
ü Bercakap dengan hamster
ü Cuci akuarium
ü Mandikan kucing
ü Basuh motor
ü Buat kek
ü O9
ü Sms sume org
ü Kacau sume orang
ü Menyanyi dalam bilik air
ü Menjerit-jerit
ü Baca komik
ü Layan corean

tapi, semuanya gagal menghapuskan kemurungan aku ni.entah di mana silapnya..ooo..tuhan tolong hambaMU ini tuhan..

Bila murung macam ni aku makin dekatkan diri pada tuhan..mohon petunjuk dan hidayahNYA, mohon agar diberi ketenangan dan kelapangan dalam hati aku ini…mohon agar dikuatkan iman dan akidah…hati aku rasa sangat tenang bila aku sujud pada tuhan..betapa aku bersyukur dilahirkan dalam Islam..betapa aku bersyukur padaMU Tuhan..Tuhan beri hambaMu ini ketenangan agar aku tidak menyakiti insan-insan yang berada disampingku dengan perangai baranku yang tidak menentu ini Tuhan..Amin..

Moga, kemurungan aku ni akan hilang..x sanggup lagi dah lalui hari-hari yang murung ni..sangat menyeksakan sangat mengganggu kehidupan harianku…moga ia cepat berlalu..

Tuesday, June 23, 2009

xnak bercinta!!

entah kenapa tetiba aku rasa macam malas nak bercinta.ada apa dengan cinta!!!kesakitan!!
bercinta tetapi seperti tak bercinta!!!aku kena tanggung perasaan sedih, marah dan geram aku sendirian!!sendirian!!!argh!!!!bosan!!!mungkin aku sedang dikuasai oleh amarah yang amat mendalam...tapi aku malas nak fikir dah sume tu..mungkin sendirian lebih bagus...mungkin...tak cuba tak tahu....tapi aku benar-benar sangat tertekan sekarang...sangat tertekan sampai aku rasa aku sendiri tak tahu di mana ku berada sekarang ni....semua perasaan ada, benci,marah,geram,bosan!!!serius kukatakan dengan sepenuh hatiku aku ingin sendirian!!!

“Love is not written on paper, for paper can be erased. Nor is it etched on stone, for stone can be broken. But it is inscribed on a heart and there it shall remain forever.”

HAMPEH!!

arghhh...tension tahap gaban!!!
mana taknya tempat aku belajar ni macam jin bertendang
jin pun xnak duk sini aku rasa
arghhh!!!tension nye....
tuhan saja yang tahu betapa tertekannya aku kat sini
dengan pengurusan yang macam celaka!!!
ntah apa2 ntah!!!*$#^%@8
class sik batal, tunda,batal,tunda,abah dia!!!
tetiba jerk hati aku ni rasa macam malas nak sambung study kat sini
nak balik!!!!!!benci!!!
tapi...bila aku fikirkan semula
mungkin ini dugaan yang aku harus tempuh
untuk kecapi impian aku...menangis aku masa mula-mula hadapi situasi ni
rasa macam tak percaya jer...tuhan nape begini berat dugaan yg kau beri pada aku..
tuhan beri hambamu ini kekuatan untuk terus tabah dan cekal hadapi dugaan di sini
moga impian aku akan tercapai jua akhirnya nanti tuhan..
aku mohon kekuatan darimu tuhan....

shizuka kembali study

ermmm.hampir setahun dah aku tinggalkan alam belajar..akhirnya aku kembali belajar lagi.risau gak...mampu ker aku belajar lagi dengan kepala yg dah berkarat ni...risau..tapi demi mengejar sebuah impian yang aku idam-idamkan aku gagahi jua..ye, impian aku ingin mempunyai sebuah perniagaan sendiri, sebuah taska yang telah lama aku idam-idamkan sejak dulu lagi,so bila dapat jer peluang macam ni aku takkan lepaskan.biarla apa orang nak kata aku tetap nak teruskan jua impian aku ni..insyaAllah aku kan cuba menjadi seorang yang tabah...aku sentiasa mendoakan moga dipermudahkan perjalanan hidup aku ni.amin...

Wednesday, May 20, 2009

PENANG O penang..

al-kisahnya...aku turun penang hari tu..turun ngan bucox..kami p nek kete p penang.yela,selalu kitorg dating dekat2 jerk..kali ni nak gak p jauh.skali p,nun jauh ke penang.lagipun bukan selalu..sekali-sekala..alang2 aku mai penang tu aku nakla jumpa member aku dak acikin yang dah lama aku x jupa.nak borak2 cam dulu2..aku tido uma dia semalam jerk.borak pun x panjang coz aku letih dia pun sibuk ngan keje dia..sedih gak sebab x dapat bual panjang tapi...nak wat camner....masing2 dah wat haluan masing2...aku faham dia sibuk...apapun, aku hepi coz dapat jumpa dia..kat penang tu member bucox yg jadi tourist guide kitorg tapi...hampeh..ke laut di buatnya..kitorg pun p je la ke mana tempat yg kami rasa nak p.ada tourist guide pun cam xdo ja..huhu...3 hari 2 malam aku disana dan terlau banyak kenangan yg aku tempuhi..apapun, terima kasih kepada yg membantu kami di sana-acikin, 4zer,k-rol dan sesiapapun huhu...who know, kami p lagi,susahkan depa skali lagi...kikiki..

Monday, May 18, 2009

Barcelona juara Liga Sepanyol


MADRID - Pasukan sensasi musim ini, Barcelona menjuarai Liga Sepanyol buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun, kelmarin.
Kelab yang digelar Catalan itu memiliki kelebihan lapan mata berbanding pasukan tempat kedua liga, Real Madrid, malah menjadi sebuah pasukan yang seolah-olah tidak boleh ditumpaskan musim ini.
Barcelona dinobatkan sebagai juara liga apabila pesaing terdekatnya, Real tumpas 2-3 kepada Villarreal di gelanggang lawan, kelmarin.
Robert Pires, Ruben 'Cani' Gracia dan Joan Capdevila masing-masing menjadi pemusnah harapan Real apabila membantu Villarreal menumbangkan gergasi Sepanyol tersebut.
Dua gol pasukan juara tahun lalu itu disumbangkan oleh Rafael van der Vaart dan Gonzalo Higuain.
Ia merupakan kekalahan kali ketiga berturut-turut Real di persaingan liga, sekali gus menyebabkan kelab itu menderita tanpa memenangi sebarang trofi buat kali pertama sejak musim 2005-06.
Pertemuan Barcelona seterusnya di peringkat liga adalah bertemu Mallorca di gelanggang lawan dan mengumpul 86 mata ketika ini.
Catalan mempunyai baki pertemuan liga sebanyak tiga perlawanan, manakala Real mencatat 78 mata dan memiliki baki dua perlawanan yang akan diteruskan.
Gelaran juara liga kali ke-19 dicapai oleh Barcelona itu merupakan kejayaan cemerlang yang dihasilkan oleh jurulatih berusia 38 tahun, Pep Guardiola.
Ia merupakan satu pencapaian hebat buat Guardiola kerana tahun ini merupakan musim pertama bekas pemain tengah Barcelona itu memimpin pasukan terkemuka Sepanyol tersebut.
Malah, Presiden Barcelona, Joan Laporta memuji pencapaian cemerlang Catalan menerusi satu temu bual bersama syarikat televisyen kelab tersebut.

DARI MEXICO KE MALAYSIA


rasanya semua orang dah mula gusar bila wabakH1N1 dah sampai kat Malaysia skang ni.mana taknya penyakit tu mudah tersebar.aku ni paling takut bila dengar macam2 penyakit dah kuar sekarang ni..nak keluar ke mana pun skang ni berhati2..kena fikir banyak kali..namun, aku selalu berdoa agar perjalananku diberkati dan dirahmati oleh tuhan. moga terhindar dari segala bahaya dan malapetaka..


namun, bila kita duduk dan berfikir sejenak, kenapa terlalu banyakpenyakit yang muncul dizaman alaf baru skang ni..mungkin ini semua bala dari tuhan atau ujian dari tuhan terhadap umat manusianya..mungkin kita sebagai manusia tidak meyedari sebenarnya teralu banyak kerosakan yang telah kita lakukan di dunia ini..lantas, tuhan menguji kita dengan kemunculan pelbagai virus dan penyakit kini..


dan kita sebagai manusia jangan pernah lupa akan kebesaran tuhan yang Maha Esa.sama2la berdoa agar penyakit ini segera beransur pulih dan kita terhindar daripada jangkitannya...amin..

SELAMAT HARI GURU 2009


Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu, membina

Negara yang tercinta
Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Thursday, May 14, 2009

nani o nani




Hahahahahaha…semalam aku dapat call daripada akak aku yang dia pregnant lagi.dah dua bulan katanya..dia kata dia pun terkejut,x sangka dapat baby lagi dah tua2 ni..apa plak x sangka, pandai buat, sendiri mau ingatla…huhu…apapun kalau tiada aral melintang bulan 12 ni aku dapatla anak buah baru lagi..


Anak buah kesayangan aku si nani tu punyala kecoh bila dia tau nak dapat adik.yela, dah lama dah dia kata nak adik..boleh dia suruh ibu dia makan banyak, pastu dia kata t bila perut dah buncit boleh dapat adik..nak mampus aku bantai gelak..alahai,entah mana dia belajar formula tu pun aku tak tahu..nani nani..tula anak buah aku yang seorang ni..macam2 keletah dia..dia siap dah cop awal2 suruh ibu dia lahirkan baby girl.senang nak main sama t kata dia.dia dah sibuk pilih nama tuk bakal adik dia tu.siap ajak ibu dia p shopping baju baby..hai, pening akak aku nak melayan kerenah mak nenek sorang ni. Punyala seronok dia bila tau nak dapat adik..nani nani..


Moga impian nani nak dapat adik perempuan t termakbul.yang penting aku tak kisah bakal nak buah aku t lelaki ke perempuan ke yang penting dia sihat, sempurna dan cukup sifat.amin..congrats tuk kak niza!!

Tunang lagi



Tunang tunang…hmmmm…hari ni aku dapat jemputan tunang daripada saudara aku..ingatkan nak jemput aku datang makan jerk, dia jemput aku suruh wat barang hantaran dia plak..alahai, manalah aku xpert wat barang-barang hantaran ni.dah dia degil suruh aku buat gak,aku buatla apa yang aku rasa aku boleh buat..15 dulang oi, bengkok tulang belakang aku ni..aku blasa jerk wat. Sib bek ada yang menolong…mujurler..sakan, sampai 15 dulang, macam nak menikah dah..lantokler, duit dier bukan duit aku..huhu..


Bila dah kumpul ramai2 tu, mulala depa tanya aku bila plak aku nak menikah?lemah kepala lutut aku dengar soalan tu..x abis2 sik bertanya bila nak menikah, macam senang jerk nak menikah tu..tak yah pakai duit ker nak menikah tu mkacik oi..malas aku nak melayan soalan tu.wat lebam jerk..


Yang pasti tahniah wat dayat yang dah bertunang tu…moga sampai ke jinjang pelamin..amin..mana tau pasni giliran aku plak..huhu..


Hari ibu





Hari ibu datang lagi.10 mei..hari yang aku pasti semua orang turut sama meraikannya..dan bila tiba hari ni aku rasa sangat bersyukur keana aku masih lagi mempunyai seorang ibu..syukur alhamdulillah..aku masih berpeluang mendapat belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu..


Hari ibu tahun ni aku bagi mak aku tudung jerk.pastu aku tempah kek tuk hari ibu..nak bagi baju, tahun lepas dah bagi baju, nak bagi benda lain budget x mengizinkan,huhu.so, aku bagi tudung jerk, yang penting ikhlas.tol x?


Hajat hati aku nak masak tuk hari ibu ni, aku dah beli semua bahan2 tuk masak sempena hari ibu ni,yela nak surprise kononya tapi kepala aku sakit hari ni.bila kepala aku sakit, semua kerja x jadi, hajat aku tuk memasak sempena hari ibu ni nampaknya tidak kesampaian…huhu..lain kali la aku masak..kikihkih..sedih pun sedih gakla,yela nak wat surprise konon tapi x jadila pulak..xpla..mak aku kata esok lusa pun boleh masak tuk dia,hihihi…


Untuk semua ibu-ibu di seluruh dunia, selamat hari ibu…





Cinta baru (bahagian 2)




Kalau sebelum ni aku bercerita cinta dengan lelaki, kali ni aku nak bercerita cinta baru aku terhadap pets..skang ni aku minat bela hamster..macamaner timbulnya minat tu bila aku datang menyibuk kat umah member aku yg dulunya bela 2 ekor hamster skang dah jadi 40 ekor.punyala banyak.mana taknya, sekali beranak 5 ekorla, 7 ekorla,huh,dahsyat!!lama2 aku tgk aku mula suka ngan keletah hamster2 ni.comel dan kelakar..geram jerk.aku mintak kat member aku dia tak bagi.sayang katanya,ah persetankan dia,kedekut sebenarnya!!menyampah aku..dah dia xmo bagi aku p la beli sendiri..waktu aku pergi beli tu harga seekor hamster tu RM22.00 aku mintak kurang dapatlah RM20. aku beli 3 ekor time tu..aku namakan hamster aku tu kuntum,pulat dan debab..skang ni dah genap 5 bulan dah aku bela hamster aku ni.tapi yang aku hairan ni xdla plak tanda2 hamster aku ni bunting ke, muntah-muntah ke, mengidam ke, huhuhuhuhu.aku pun x taula. sume jantan ke semua betina..biarlah, ok gak, xdla nanti membiak banyak sangat . jadi macam zoo la plak umah aku ni kang.


Awal bulan 5 hari tu aku beli seekor lagi tapi dari baka yang lain.yang ni aku beli dengan harga RM18. aku beli seekor jerk.yang ni aku namakan boncit sebab badan dia besau dan boncit..setiap hari sebelum tido aku mesti dok mengadap hamster aku ni..rasa tenang je..bangun tido pun mesti nak tgk gak..sayang da kat hamster2 aku ni..harap aku dapat bela hamster aku ni lama..amin..



Cinta baru aku yang lain plak, aku skang ni giler tanam bunga.ntah penyakit apa ntah, tapi aku memang sangat sukakan bunga sekarang ni..kalau ke mana pun aku p skang ni, mesti nak p nurseri bunga..rambang mata bila aku tgk semua bunga2.aku pun pelik ntah macamaner aku boleh sangat suke ngan bunga skang ni walhal dulu mak aku menjerit2 sampai nak pecah umah tu suruh aku siram bunga pun aku wat x kisah.tapi skang ni, punyalah rajin, tanam bunga, siram bunga, tabur baja macam2 lagi.mak aku pun nek hairan ngan peel aku skang ni.nak buat macamane,terjatuh cinta plak.dah suka, layankan jerk..bak kata mak aku,jangan hangat2 taik ayam sudah…huhu..


Apapun yang orang cakap aku akan pastikan cinta baru aku ni dapat bertahan dan berkekalan untuk jangka masa yang panjang.huhu…

Tuesday, May 12, 2009

cinta baru

tahun ni shizuka temui cinta baru!!guest who?its buchuk..ya, i call him buchuk..dia panggil aku bubu..maybe macam budak2 tapi aku suka dengan panggilan tu..macam budak2 gatal..hikhik..13 februari 2009 lalu genap setahun aku ngan buchuk..harapnya cinta aku kali ni dapat bertahan.yela,aku hanya mampu merancang tapi tuhan yang tentukan segalanya..mungkin sejarah silam membuatkan aku takut hati aku akan dilukai lagi, tapi yang berlalu biarla berlalu tumpukan pada hubungan ni..

setahun bersama,terlalu banyak kenangan yang kami lalui bersama.suka duka dan segala2nya.yg paling kerap bergaduh.kalau x bergaduh dunia kami macam tak sempurna.nak p makan bergaduh, nak berjalan bergaduh,nak p shopping bergaduh,247 bergaduh jerk...tapi bergaduh kejap2 jerk..gaduh manja..huhu..aku kenal dia time aku pacticel kat tempat dia.time tu dia ada makwe..cantik orangnya..dia pernah cakap kat aku betapa bangganya dia dapat tackle awek tu...poyola..tapi ntah macamane hubungan kami jadi rapat tanpa kami sendiri sedari..mungkin sebab konflik dengan pasangan masing2..aku pun nek pelik macamaner aku leh tersangkut ngan mamat ni..dah takdir ,aku redha jerk..huuhu..apapun aku gembira dengan hubungan ni walaupun kekadang perang dunia melanda tapi adatla,ada pasang surut dalam hubungan..

apapun, harapnya hubungan aku kali ni bertahan dan mampu dapat sampai ke jinjang pelamin..huhu,da gatai nak kawen da,kikikiki...bukan per,sumer member2 aku dok menikah.yang dah kendong anak sampai 2 3 orang pun ada gak..aku pun nek miang jerk bila tengok,huhu..x mengapa,hariku bakal tiba...hanya tuhan yang tahu...jadi, sabar shizuka..jangan gelojoh!!


Monday, May 11, 2009

Shizuka back!!




Hulla…hampir setahun aku tinggalkan blog aku, rasa rindu aku x dapat dibendung lagi…lantas I’m back..huhu..ermmm, terlalu banyak yg nak aku katakan setelah setahun aku x menulis..yang pasti, sekembalinya aku kali ni, aku xkan berpatah balik…aku akan terus menulis walaupun aku sedih dan sengsara..yela, kalau dulu aku ‘buang’ blog aku lantaran hati aku diguris oleh insan yang bernama lelaki. Entah kenapa aku menjadi sangat lemah apabila hati aku diguris oleh seorang lelaki hanya kerana cinta..ah biarla, itu semua tlh berlalu dan kenangan bagi aku.aku mahu lupakan segala-galanya yang mengguris hati aku.kini, aku temui cinta baru yang aku harap akan berkekalan dan tidak mengguris hatiku lagi..amin..apapun yg jadi,kena gagah gak..


So, tiz is new shizuka…huhuk..ermm..dah masuk bulan mei.bila bulan mei ni aku sangat hepi coz, aku lahir bulan ni…19 mei..dah tua dah..tahun ni dah 25 tahun..cam x caya jerk..terlalu banyak yg belum aku capai dalam usia ni..bila fikirkan, sedih sangat rasa nak melalak jerk.tapi bila fikir lagi, aku rasa ada hikmahnya.aku tau masanya akan tiba Cuma xtau bila..yang paling aku x gemar bila umur dah mula meningkat ni,mula orang tanya bila lagi nka kawen,bila lagi nak makan nasi minyakla,nasi lemakla,nasi impitla,macam2la..naik bosyan aku..kalau diorang nak sponsor majlis kawen aku tu daripada a to z xpla gak.esok gak aku nikah,huhuhu…bila member2 dan sedara-mara tanya aku Cuma jawab,nantila,muda lagi…nak enjoy dulu. tapi sebenarnya,aku takut bila fikirkan pasal kawen2 ni..ah, malas fikirla..


Tahun ni aku ada azam nak kuruskan badan..awal2 tahun hari tu adalah gak aku dietla,berjoggingla,jaga makanla macam2la..siap beli ubat lagi..tapi dah dua bulan ni aku makan ikut sedap tekak aku jerk.selagi perut aku ni masih boleh diisi aku isi jerk..pastu penyakit malas aku ni melampau2..nak berjogging pun malas..macamanerla berat aku nak turun..payah ni..payah nak kawal nafsu makan..berat…berat..sekarang ni lagila, dengan cuaca yang panas ni lagila selera aku macam buaya, nak makan jerk…nampak mc D nak makan,nampak ayamtaki nak makakn, nampak pizza nak makan sumela aku nak makan..

Sekarang ni aku sedang bertatih-tatih nak mula berdiet lagi,…huhuhu…chaiok,chaiok!!!

Shizuka boleh!!!!


Kita tunggu jerk t resultnya, berjaya ke tidak aku kuruskan badan..huhu…

See yaa.mmmuah!!!!