Sunday, July 28, 2013

~ ramadhan terindah~


Alhamdullilah....
ku masih berkesempatan bertemu mu Ya Ramadhan...
di tahun 2013 ini ku harap Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan keberkatan kepaku Ya ALLAH..


Aku tahu aku hambanya yang sering melupakanMU Ya Allah, namun ku berharap agar kedatangan Ramadhan ini membawa seribu rahmat dan keberkatan kepadaku ya Allah.. 
moga Ramadhan ini mengajar aku erti kesabaran dan memberikan seribu ketenangan padaku Ya Allah..


Moga Kau bimbingla aku ke jalanMU yang lurus yang engkau redhai Ya ALLAH..
Moga sempena Ramadhan ini aku akan lebih mendekatkan diri padaMU ya ALLAH 
dan moga akan berkekalan sehingga ke akhir hayatku YA ALLAH...
Amin Ya Allah..


Moga aku diberikan kesempatan untuk bertemu lagi denganmu YA RAMADHAN..AMIN..

Friday, February 22, 2013

^ mana perginya ^

Rasanya lama dah aku tinggalkan blog aku ni..Entah kenapa perasaan aku lain macam sekarang ni. sepertinya aku sudah mula hilang semangat. entah kenapa aku seperti tiada lagi kekuatan dalam diri aku ni. semuanya seperti tiada makna bagi aku. aku tak lagi rasa gembita seperti dulu. entah ke mana perginya kegembiraan aku tu. mungkin hilang di bawa angin, mungkin hilang bersama perasaan aku. mungkin...aku sendiri taktau..aku seperti tiada semangat dengan kerja aku ni.. 
 mungkin perasaan aku sendiri, aku sendiri tak pasti. hari-hari aku berlalu tanpa perkara indah. hari- hari aku pergi kerja, tapi hati dan perasaan aku entah dimana-mana.. aku memang hilang semangat..hilang segalanya..sekarang ni bila aku pergi kerja, aku pergi jela.. sampai masa balik, aku balik la..entahla, mungkin aku bosan dengan kerja aku ni. hari-hari mengadap benda yang sama je. sepertinya aku rasa persekitaran aku tak memberangsangkan aku. aku jadi lemah dan tidak bersemangat. entah kenapa aku sendiri tak mengerti. persoalan yang aku sendiri tak mampu jawab. rasanya prestasi kerja kau pon tak baik sekarang ni..
aku sedar, namun aku masih berusaha untuk mengatasinya dengan bijak. dan aku sentiasa agar aura aura negatif yang ada di seliling aku mahupun yang ada dalam diri aku ini akan segera hilang. akan aku buangkannya jauh2 dan takkan kembali. aku sedang berusaha untuk jadi lebih positif. jadi lebih bersemangat dan lebih berkeyakinan. moga aku akan lebih ceria dan gembira dengan kehidupan aku kelak. lebih berkeyakinan dan lebih tenang seperti dulu dan yang lebih penting aku inginkan SHIZUKA yang dulu..SHIZUKA yang penuh dengan semangat, penuh ceria, penuh dengan aura positif dan SANGAT CEKAL.
 Aku akan pastikan aku akan dapat kembali SHIZUKA yang lama...yeayyy!!!!




Thursday, January 31, 2013

~ tanpa kata~

tiada apa yang mampu aku katakan...
 

 tiada bicara yang mampu aku sampaikan..

tiada kata yang mampu ku gambarkan
hati ini...
hanya tuhan yang tahu.......
moga hati ini terus tabah...
tabah jalani segalanya yang penuh dengan rintangannya....
Amin...