Wednesday, August 26, 2009

perginya seorang teman



25 ogos 2009 yang lalu aku kehilangan seorang kawan baik aku..nadia @ nuts..kawan yang telah menjadi sahabat karib aku dunia dan akhirat sejak dari kami belajar di ipt lagi..pada diala aku mengadu dan luahkan segala masalah aku..pada diala tempat aku tumpang bermalam kalau aku ke utara..tapi...kini tiada lagi..nuts dah pergi selama-lamanya tinggalkan aku dan kawan2 yang lain..sepi sangat aku rasa.dan yang paling aku terkilan ialah, aku x dapat melawat jenazahnya..yela, aku dapat berita subuh dan dia dikebumikan tengah hari..memang aku sangat terkilan tapi apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang2 yg beriman dan bertaqwa..amin..
namun, nuts pergi dengan meninggalkan zuriat..ye,zuriat lelaki yang kini diberi nama Mohd Harith Iman.nama yang telah disumbangkan oleh kawan2 nuts..moga anak tu kelak dapat mengubati lara keluarga arwah dan kami sekalian..apa yang aku selalu harapkan ialah arwah tenang di sana dan moga dipermudahkan urusannya di sana..mana tahu esok atau lusa giliran aku pulak..bukannya kita tahu ajal dan maut kita..namun, kehilangannya benar2 aku rasai..

Monday, August 24, 2009

ramadhan datang lagi


akhirnya...ramadhan datang lagi..bila tiba bulan ramadhan ni, setiap tahun azam aku nak kurus..tapi selalunya tak berjaya sebab makan tak ingat dunia..masyaALLAH apa nak jadi dengan aku ni..ramadhan kali ini, aku sambut tanpa teman di sisi tanpa...hanya ada buchuk.. .tahun ni harap dapat jalani ramadhan dengan sempurna hendaknya..moga ramadhan ini membeawa seribu keberkatan dalam hidup aku amin..

Port dickson oh p.d


Morning shizuka!!Aku bangun awal kul 7 a.m coz nak pergi picnic ngan buchuk hari ni!!What a wonderful day..buchuk cakap kat aku semalam pukul 9 dah gerak..so, aku bangunla awal..yela, semua barang aku x kemas lagi..aku lambakkan jer..aku bersiap-siap pagi tu..sampai jam 10 lebih buchuk takde pun call aku..hati aku dah hangat da…rasa nak kaki jerk!!Kaki kang!!Sabar..punyala lama aku tahan sabar, aku tido balik.malas r nak tunggu.benci tol!!Buat sakit gigi aku jer…baru aku nak letak kepala mamat tu call.. “pagi sayang” nak jer aku kaki..sib baikla..dia cakap nak pergi cuci kereta dulu baru gerak..barula aku terkedek-kedek pergi mandi..kul 11 buchuk sampai aku tak siap lagi..biarkan..padan muka dia..huhu..

Kitorg pergi makan dulu sebelum gerak ke pd.aku pun tak taula kurun ke berapa beruk-beruk ni semua nak gerak..lantakla..at last, mereka semua tukar plan gerak kul 1 plak..lantakla korang..si buchuk ni sempat lagi balik masjid tanah rembat apa yang patut..alamak hai…aku pun tak tahula kul berapa depa ni semua nak bergerak..aku pulak yang nak naik hantu rasanya..kul 1 lebih gak gerak..mula-mula lagi hati aku dah tak keruan dah..hati aku dah panas dah..dekat kul 2 gak kot baru gerak..pastu buchuk join semula konvoi budak-budak ofis..then the trip began..buchuk cakap kami sume akan bermalam kat sunshine apartment..aku pun jarang dengar nama tu.aku tak kisah sangat yang penting tempat tidur cukup dan selesa dah memadai bagi aku tak kisahla tempat tu kecik ke lebo ke apa ker..

Sampai jerk kat pd ku dah sangat teruja..yela, aku suka pantai kan..bila nampak pantai suker giler.x sabar nak mandi laut..huhu..bila sampai jerk kat pd ni, teringat time aku and my frenz buat picnic sesame dulu..mesti picnic kali ni seronok gak macam kami buat dulu…x sabar..kul 3 lebih kot kami sampai kat sunshine apartment tu..tapi yang aku musykil aku xdla pulak nampak signboard sunshine tu..naik pening aku dibuatnya..ah, biarla..malas aku nak fikir yang penting dah sampai...

Sampai jerk kami check-in masuk..tapi aku ada rasa ketidakmesraan di kalangan semua budak-budak ofis buchuk..yela, aku pun tak pernah jumpa dan berbual panjang dgn depa jd, agak kekokla..kami sewa dua apartment.satu apartment ada 2 bilik?Apa? 2 bilik?Ha?Macamana ya..sedangkan perempuan ada 7 orang..then ada plak yang bawa baby..ermm..otak aku ligat berfikir..tapi aku masih buat tak kisah lagi.sampai jerk depa sume dah sibuk tempah bilik la apala, sibuk buat rempah ayamla itikla lembula utk wat BBQ malam nanti katanya..so, aku malas nak amek port memandangkan depa pun macam tak rela jer aku join depa.aku pun wat lebam jela..duduk mengadap tv dgn citer yang entah apa-apa ntah..aku dah mula naik bosan dah sebab semua yang ada kat situ macam taknak berbual jerk..bisu ke letih..ah,persetankan mereka!!

Aku dah mula bosan dengan kerenah mereka so aku ikut buchuk mandi kolam..tapi semua yang mandi lelaki.aku sorg jerk pompuan.pompuan yang ada sume xnak bila diajak mandi..sibukla katakan.aku pun malasla..aku dah nek bosan + marah + mengantok tengok bebudak ni mandi sebab aku xd aper nak dibuat…tuhan…rasa menyesal plak pergi picnic ni tapi nak buat macamaner..

Bukan nak kata apala..aku pun selalu gak organize benda macam ni ngan member-member aku..tapi kami akan pastikan jumlah bilik dan katil memberi keselesaan penghuni dan aktiviti walaupun tak padat tapi menyeronokkan.tak kisahla kena berbelanja lebih sikit pun asalkan puas hati..lagi pun bukan selalu..tapi, bila pergi picnic ngan budak-budak ofis buchuk ni aku naik hairan dan tertanya-tanya, kenapa dan mengapa programnya seperti ini…aku xnakla komen lebih-lebih, aku makhluk asing dikalangan mereka..

Apa lagi, aku terus roger kat quduk..cuma kat dia je aku boleh luahkan segala ketidakpuasan hati aku..dengan buchuk time ni kalau aku komen apapun, xdnya dia nak layan.aku dah masak sangat dgn perangai dia tu.wat sakit gigi je cakap ngan dia.baik aku mengadu kat quduk.puas hati aku.kami makan pizza ptg tu.balikm dah letih tapi aku tak boleh tidur sebab aku takde tempat nak tidur.jadi aku cuma duduk dan bersiap nak ke pantai dgn harapan aktiviti dipantai nanti lebih menyeronokkan..

Ternyata ramalanku silap.sekali lagi tiada apa aktiviti dipantai cuma menanti senja utk BBQ..ah…bosan!!rasa nak balik je malam ni gak!!&*%$ tol!! Aku tiada pilihan melainkan lalui je hari tu..malam, buat BBQ yang takde hala tuju..xd kesepakatan tiada kemesraan tiada segala-galanya..memang jauh berbeza dengan cara aku dan kawan aku organize benda ni..kalau aku dan kawan2 aku, kami pastikan sama-sama buat kerja, pastu makan kumpul sama-sama dan menyanyi , bergambar sama-sama.dan benda wajib kalau kami organize benda macam ni ialah kami pastikan kami berjalan pantai sama-sama..tapi, kali ni..hampa..dahla ku tak dapat mandi pantai, x dapat naik banana boat…sedikit kecewa..namun ku pendamkannya..bila buchuk tanya, aku cakap ok jer..

Disebabkan buchuk pun tak layan aku, aku pun roger semua kawan2 aku..mok dengan pantas datang ke PD tapi sampai agak lewatla,dalam kul 1 lebih katanya.aku suruh dia check-in kat memane hotel kat situ..malam tu jugak qardanie mesej aku..mamt ni dari dulu dia macam tahu jerk bila ku ni dalam kesedihan atau kesusahan..he’s always there..bagi semangat dan buat aku rasa selesa..dia yang bagi aku kekuatan untuk aku habiskan hari aku di PD..jadi, macam yang dani cakap, bersabar dan jangan tunjukkan ketidakpuasan hati depan organizer..aku ikut macam yang dia cakap..x kisahla buchuk tak layan aku pun..dia memang begitu bila bersama kawan-kawan dia..biarkan..

kul 11 lebih kami nek bilik..aku paling gelisah sebab aku takde tempat tido..so, aku dengan perasaan agak sebal terpaksa tidur atas sofa keras better then tidur berhimpit-himpit..x kisahla..tapi, memang aku tak boleh tidur..badan aku sakit, kepala aku sakit, hati aku sakit..aku mengadu kat buchuk tapi hati aku lagi sakit..menyampah betol aku..malam tu dani call..dia yang teman aku sepanjang malam tu..thanx frens.

pg tu kul 5 aku dah sedar coz baby kat sebelah aku melalak..alamak..potong betolla!!!ah..sampai ke siang aku tak boleh tidur..aku rasa nak balik je pagi tu awal2..dalam kul 10 aku gerak balik ngan buchuk. X sanggup aku nak lalui hari gelap di sana lagi.kami sempat singgah kat teluk kemang duduk lepak jap..pastu balik..tak sabar nak balik nak tidur..kalau macamnila gayanya, sumpah aku taknak ikut lagi!!!

G.I JOE



Setelah aku siap kemas segala barang-barang aku dari kolej, aku dengan pantasnya bergegas ke Melaka untuk berjumpa dengan buchuk…haha, mamat tu tak habis-habis call aku bila nak datang..mana taknya, aku bawa kete dia , kejap-kejap call, msgla, itula inila..takut sangat aku campak kete dia tu ke lombong..geram aku..disebabkan aku mengantuk + letih, maka aku pandu dengan sangat perlahan..wuahhh..menguap jerk sepanjang jalan..

Sampai jerk umah buchuk, dok berfikir nak ke mana eak? Memang macam tula selalu kitorgsakan nak kuar ni tapi selalu jerk tak de hala tuju..huhu..kitorg p window jap. Disebabkan bosan tahap gaban, kami plan nak ngok movie.tapi tak tau nak ngok citer pe..mamat tu sik tanya aku jerk, macam biasala jawapan aku, “ tak taula, bubu ikut jerk” bukan pe, otak aku dah letih..penat angkat barang-barang..akhirnya keputusan dicapai dan kami decide nak ngok G.I JOE.macam tak best jerk tapi x kisahla..layan jerk..tiket kul 7.30 plak..alamak, macam lambat sangat jerk..tengok jam baru kul 6.30..x jadila..macam lambat jerk..

Disebabkan tak jadi nak tengok movie, kitorg p karaoke jamban..macam tak best jerk karaoke jamban kat situ.memang macam jamban!! Kami nyanyi 5 lagu jerk..buchuk nanyi lagu indon ape benda ntah.aku pun tak pernah dengar..blasah jerk!!disebabkan suasana yang sangat tak selesa tu, aku pun malas nak nyanyi lebih-lebih..sikit-sikit jerk..selebihnya buchuk yang balun..suara buchuk,alamak…macam gampang!!sakit otak aku..dahla menyanyi tak ikut tempo,main belasah jerk..lantokler…layankan ajo..

Habis lepaskan tension melalak, kitorg decide nak pergi tengok wayang sebab tengok jam kul 7.30..daripada balik takde buat ape bek tengok wayang..huhu, first time aku tengik wayang pakai lengan pendek..pergh,aku boleh bayangkan sejuknya nanti macam maner..tapi nak buat macamner kan benda tak dirancang..

Ramai gak yang datang tonton wayang hari tu..yela tengah musim-musim HINI ni ramaila gak yang datang..penuhla gak panggung tu..masuk jer dah terasa kesejukannya..rasa nak peluk jerk buchuk tapi ramai plak mata-mata ynag memandang dengan perasaan kurang senang nanti..jadi…strateginya ialah bertahan..tapi nasib baikla, xd sejuk maner..so bolehla cool lagi tengok movie.

Mula-mula citer ni cam bosan jerk tapi lelama, best siot!!best sebab banyak benda-benda canggih dan menarik dalam citer tu..so, tak rugila kiranya nonton cerita ini dong!!asyik..huhu..

Cam biasa, aktiviti wajib kitorg sebelum tutup acara ialah makan!!haha, bila perut dah kenyang barula hati senang .time makan tu buchuk ada tanya pasal bebudak ofis dia nak ke PD. Sebenarya buchuk dah cakap kat aku daripada hari selasa rasanya..tapi aku macam tak ambil port sangat sebab aku macam tak berminat jerk.bukan ape..aku ni jenis tak kisah orangnya dan aku sangat suka aktiviti macam ni tapi…bila aku fikirkan semua budak-budak ofis dia,mmmm…buat aku berfikir banyak kali nak join atau tak program diorang tu..time kami makan tula kami dok bincang..tapi x jugak capai kata keputusan..

Tetapi entah bagaimana secara tiba-tiba hati keras aku ni nak pergola plak..yela, rasa macam bosan jerk nak ke exam …tu..tuhan..betulke keputusan yang aku buat time tu..ah..biarkan saja berlalu..malam tu gak kami berjumpa ngan fiza tuk bayar duit picnic tu..buchuk jerk yang p jumpa coz aku malasla penat dah..aku duk jerk dalam kete..settle sume buchuk hantar balik umah kak rita..dalam hati aku berharap agar esok menjanjikan kegembiraan, kemesraan dan ikatan persahabatan yang baru..dan aku berharap agar keputusan yang aku buat ni betul dan aku tak akan sesali sampai bila-bila pun…amin..apapun tunggu jela hari esok..shizuka excited!!

Sunday, August 23, 2009

Selamat tinggal kns2




Setelah berbulan-bulan aku bersabar dengan kerenah dan pelbagai janji dan omong-omong kosong aktor dan aktres terbaik di kns2,akhirnya aku nekad dan sebulat hati untuk meninggalkan kns2 selama-lamanya.bosan sungguh aku denga kerenah dan janji-janji palsu mereka.ingat aku ni apa?terencat ke?manusia manila yang boleh bersabar..aku memanglah bukan penyabar orangnya..

Aku pujuk buchuk datang ambil aku dan barang-barang aku.sebelum tu aku dah datang awal tuk kemas barang-barang aku..yela,melambak-lambak barang aku..semua budak-budak kat kolej tu buat macam-macam dialog bila tengok barang aku yang banyak tu.peduli apa kau.bikan aku pakai duit diorang pun nak beli barang-barang tu..bila aku cakap aku nak tarik diri dari kursus tu, budak-budak ni ada yang sedihla jugak,yela yang rapat dengan akula..macam-macam dialog yang keluar, “nanti tak meriahla bilik ni, takde orang kacau orang la…bla…bla..bla” hehe, famous gak aku ni.eak..kihkihkih..yela, hamper dua bulan aku bersama diaorg, terasala gak kalau nak berpisah tu..

Sempena dengan aku nak berambus dari kolej tu, aku setujula nka keluar berkaraoke jamban ngan diorang..jangan tak percaya, aku berjalan kaki tu dari kolej ke Jaya Jusco.jalan kaki, fuyoo…macam tak percaya..jalan kaki tu..yela, dah hari-hari terakhir ni, aku pun takdela kisah sangat walaupun aku kisah sebenarnya..huhu..kalaula buchuk tahu, memang mampos dia kutuk aku kau kau…x abis-abis dia menganjing aku t..huhu..

Suro menyanyi memang aku sakan..blasa jer best ke tak best ker..kami layan dalam 16 lagula rasanya..yela,boleh gak release tension sepanjang duk kat tempat sengal tu kan..aku pun tak sangka suara aku sedap rupanya..huhu..tapi seronokla sebab semuanya sporting time melalak kat dalam jamban tu kan..tak cukup dengan lagu kitorg, bila dah habis tak cukup duit tu kitorg boleh plak menyibuk nanyi lagu orang sebelah..blasa jer..punyala berbulu orang kat sebelah kitorg tu..lantokler..yang penting kami hepi menikmati hari tu…habis jer karaoke, apa lagi aktiviti yang aku paling suka, window shopping!!huhu…sampai malam pun jadi jerk aku..tapi disebabkan aku keluar berjlan kaki tadi, jadi banyak tenaga kau yang dah terbuang..so, takdela serancak selalu..berjam jugakla duk kat JJ tu ngan sibuk posing amek gambar lagi…Tiba masa nak balik tu, satu lagi azab…kena berjalan kaki…wa….penat betol..sampai jerk bilik aku dah terlepek..penat..

Esoknya aku bersiap tuk pulang..buchuk datang ambil aku hari ni…yeye…bila sampai masa nak berpeluk cium tu, rasa sebakla sikit..apapun, aku akan merindui mereka..selamat tinggal kns2..

Monday, August 3, 2009

betul ke?


betul ke tindakan yang aku buat ni?rasa sangat x tenteram dan x selesa je...yela, rasanya aku dah tak boleh buat keputusan yang tepat sekarang ni..kalau dulu, aku boleh lakukan segalanya sendiri, nak buat keputusan, nak ke mana pun aku boleh tentukan sendiri..hanya ikut kata hati aku sahaja.x perlu banyak bertanya dan banyak berfikir..tapi entah kenapa sejak kebelakangan ni aku jadi sangat lemah. lemah seolah-olah aku ni lumpuh..x berdaya.aku rasa orang o.k.u pun tak macam aku..kenapa dan mengapa? persoalan yang selalu sangat bermain difikiran aku ni..kenapa semakin aku meningkat dewasa aku rasa aku jadi semakin x yakin.seolah-olah aku tak mampu berdikari sedangkan dulu aku mapu berdiri atas kaki aku sendiri..

keputusan terbaru yang aku buat dalam hidup aku ialah..aku buat keputusan tuk berhenti belajar..berhenti sebab aku x tahan dengan pengurusan kolej tu...macam hampeh *&^%$..sakit sangat hati aku ni..bukan sekali dua tapi banyak kali benda2 yg kurang menyenangkan berlaku pada aku sepanjang aku kat kolej sengal tu!!!.mungkin ramai akan cakap aku ni bodoh sebab belajar benda tu separuh jalan jerk...tapi ini keputusan aku..aku tak sanggup diperbodohkan dengan pihak pengurusan kolej tu..

mungkin orang lain boleh bersabar tapi aku dah tak mampu nak bersabar...setiap saat aku berdoa agar keputusan yang aku buat ni keputusan yang tepat..dan aku mohon agar aku takkan menyesal dengan tindakan yang aku ambil ni..aku dah minta restu orang tua aku itu yang penting..aku dah tanya pendapat buchuk..mungkin rezeki aku bukan di situ..mungkin ditempat lain..amin..