Monday, August 24, 2009

Port dickson oh p.d


Morning shizuka!!Aku bangun awal kul 7 a.m coz nak pergi picnic ngan buchuk hari ni!!What a wonderful day..buchuk cakap kat aku semalam pukul 9 dah gerak..so, aku bangunla awal..yela, semua barang aku x kemas lagi..aku lambakkan jer..aku bersiap-siap pagi tu..sampai jam 10 lebih buchuk takde pun call aku..hati aku dah hangat da…rasa nak kaki jerk!!Kaki kang!!Sabar..punyala lama aku tahan sabar, aku tido balik.malas r nak tunggu.benci tol!!Buat sakit gigi aku jer…baru aku nak letak kepala mamat tu call.. “pagi sayang” nak jer aku kaki..sib baikla..dia cakap nak pergi cuci kereta dulu baru gerak..barula aku terkedek-kedek pergi mandi..kul 11 buchuk sampai aku tak siap lagi..biarkan..padan muka dia..huhu..

Kitorg pergi makan dulu sebelum gerak ke pd.aku pun tak taula kurun ke berapa beruk-beruk ni semua nak gerak..lantakla..at last, mereka semua tukar plan gerak kul 1 plak..lantakla korang..si buchuk ni sempat lagi balik masjid tanah rembat apa yang patut..alamak hai…aku pun tak tahula kul berapa depa ni semua nak bergerak..aku pulak yang nak naik hantu rasanya..kul 1 lebih gak gerak..mula-mula lagi hati aku dah tak keruan dah..hati aku dah panas dah..dekat kul 2 gak kot baru gerak..pastu buchuk join semula konvoi budak-budak ofis..then the trip began..buchuk cakap kami sume akan bermalam kat sunshine apartment..aku pun jarang dengar nama tu.aku tak kisah sangat yang penting tempat tidur cukup dan selesa dah memadai bagi aku tak kisahla tempat tu kecik ke lebo ke apa ker..

Sampai jerk kat pd ku dah sangat teruja..yela, aku suka pantai kan..bila nampak pantai suker giler.x sabar nak mandi laut..huhu..bila sampai jerk kat pd ni, teringat time aku and my frenz buat picnic sesame dulu..mesti picnic kali ni seronok gak macam kami buat dulu…x sabar..kul 3 lebih kot kami sampai kat sunshine apartment tu..tapi yang aku musykil aku xdla pulak nampak signboard sunshine tu..naik pening aku dibuatnya..ah, biarla..malas aku nak fikir yang penting dah sampai...

Sampai jerk kami check-in masuk..tapi aku ada rasa ketidakmesraan di kalangan semua budak-budak ofis buchuk..yela, aku pun tak pernah jumpa dan berbual panjang dgn depa jd, agak kekokla..kami sewa dua apartment.satu apartment ada 2 bilik?Apa? 2 bilik?Ha?Macamana ya..sedangkan perempuan ada 7 orang..then ada plak yang bawa baby..ermm..otak aku ligat berfikir..tapi aku masih buat tak kisah lagi.sampai jerk depa sume dah sibuk tempah bilik la apala, sibuk buat rempah ayamla itikla lembula utk wat BBQ malam nanti katanya..so, aku malas nak amek port memandangkan depa pun macam tak rela jer aku join depa.aku pun wat lebam jela..duduk mengadap tv dgn citer yang entah apa-apa ntah..aku dah mula naik bosan dah sebab semua yang ada kat situ macam taknak berbual jerk..bisu ke letih..ah,persetankan mereka!!

Aku dah mula bosan dengan kerenah mereka so aku ikut buchuk mandi kolam..tapi semua yang mandi lelaki.aku sorg jerk pompuan.pompuan yang ada sume xnak bila diajak mandi..sibukla katakan.aku pun malasla..aku dah nek bosan + marah + mengantok tengok bebudak ni mandi sebab aku xd aper nak dibuat…tuhan…rasa menyesal plak pergi picnic ni tapi nak buat macamaner..

Bukan nak kata apala..aku pun selalu gak organize benda macam ni ngan member-member aku..tapi kami akan pastikan jumlah bilik dan katil memberi keselesaan penghuni dan aktiviti walaupun tak padat tapi menyeronokkan.tak kisahla kena berbelanja lebih sikit pun asalkan puas hati..lagi pun bukan selalu..tapi, bila pergi picnic ngan budak-budak ofis buchuk ni aku naik hairan dan tertanya-tanya, kenapa dan mengapa programnya seperti ini…aku xnakla komen lebih-lebih, aku makhluk asing dikalangan mereka..

Apa lagi, aku terus roger kat quduk..cuma kat dia je aku boleh luahkan segala ketidakpuasan hati aku..dengan buchuk time ni kalau aku komen apapun, xdnya dia nak layan.aku dah masak sangat dgn perangai dia tu.wat sakit gigi je cakap ngan dia.baik aku mengadu kat quduk.puas hati aku.kami makan pizza ptg tu.balikm dah letih tapi aku tak boleh tidur sebab aku takde tempat nak tidur.jadi aku cuma duduk dan bersiap nak ke pantai dgn harapan aktiviti dipantai nanti lebih menyeronokkan..

Ternyata ramalanku silap.sekali lagi tiada apa aktiviti dipantai cuma menanti senja utk BBQ..ah…bosan!!rasa nak balik je malam ni gak!!&*%$ tol!! Aku tiada pilihan melainkan lalui je hari tu..malam, buat BBQ yang takde hala tuju..xd kesepakatan tiada kemesraan tiada segala-galanya..memang jauh berbeza dengan cara aku dan kawan aku organize benda ni..kalau aku dan kawan2 aku, kami pastikan sama-sama buat kerja, pastu makan kumpul sama-sama dan menyanyi , bergambar sama-sama.dan benda wajib kalau kami organize benda macam ni ialah kami pastikan kami berjalan pantai sama-sama..tapi, kali ni..hampa..dahla ku tak dapat mandi pantai, x dapat naik banana boat…sedikit kecewa..namun ku pendamkannya..bila buchuk tanya, aku cakap ok jer..

Disebabkan buchuk pun tak layan aku, aku pun roger semua kawan2 aku..mok dengan pantas datang ke PD tapi sampai agak lewatla,dalam kul 1 lebih katanya.aku suruh dia check-in kat memane hotel kat situ..malam tu jugak qardanie mesej aku..mamt ni dari dulu dia macam tahu jerk bila ku ni dalam kesedihan atau kesusahan..he’s always there..bagi semangat dan buat aku rasa selesa..dia yang bagi aku kekuatan untuk aku habiskan hari aku di PD..jadi, macam yang dani cakap, bersabar dan jangan tunjukkan ketidakpuasan hati depan organizer..aku ikut macam yang dia cakap..x kisahla buchuk tak layan aku pun..dia memang begitu bila bersama kawan-kawan dia..biarkan..

kul 11 lebih kami nek bilik..aku paling gelisah sebab aku takde tempat tido..so, aku dengan perasaan agak sebal terpaksa tidur atas sofa keras better then tidur berhimpit-himpit..x kisahla..tapi, memang aku tak boleh tidur..badan aku sakit, kepala aku sakit, hati aku sakit..aku mengadu kat buchuk tapi hati aku lagi sakit..menyampah betol aku..malam tu dani call..dia yang teman aku sepanjang malam tu..thanx frens.

pg tu kul 5 aku dah sedar coz baby kat sebelah aku melalak..alamak..potong betolla!!!ah..sampai ke siang aku tak boleh tidur..aku rasa nak balik je pagi tu awal2..dalam kul 10 aku gerak balik ngan buchuk. X sanggup aku nak lalui hari gelap di sana lagi.kami sempat singgah kat teluk kemang duduk lepak jap..pastu balik..tak sabar nak balik nak tidur..kalau macamnila gayanya, sumpah aku taknak ikut lagi!!!

No comments:

Post a Comment