Monday, August 3, 2009

betul ke?


betul ke tindakan yang aku buat ni?rasa sangat x tenteram dan x selesa je...yela, rasanya aku dah tak boleh buat keputusan yang tepat sekarang ni..kalau dulu, aku boleh lakukan segalanya sendiri, nak buat keputusan, nak ke mana pun aku boleh tentukan sendiri..hanya ikut kata hati aku sahaja.x perlu banyak bertanya dan banyak berfikir..tapi entah kenapa sejak kebelakangan ni aku jadi sangat lemah. lemah seolah-olah aku ni lumpuh..x berdaya.aku rasa orang o.k.u pun tak macam aku..kenapa dan mengapa? persoalan yang selalu sangat bermain difikiran aku ni..kenapa semakin aku meningkat dewasa aku rasa aku jadi semakin x yakin.seolah-olah aku tak mampu berdikari sedangkan dulu aku mapu berdiri atas kaki aku sendiri..

keputusan terbaru yang aku buat dalam hidup aku ialah..aku buat keputusan tuk berhenti belajar..berhenti sebab aku x tahan dengan pengurusan kolej tu...macam hampeh *&^%$..sakit sangat hati aku ni..bukan sekali dua tapi banyak kali benda2 yg kurang menyenangkan berlaku pada aku sepanjang aku kat kolej sengal tu!!!.mungkin ramai akan cakap aku ni bodoh sebab belajar benda tu separuh jalan jerk...tapi ini keputusan aku..aku tak sanggup diperbodohkan dengan pihak pengurusan kolej tu..

mungkin orang lain boleh bersabar tapi aku dah tak mampu nak bersabar...setiap saat aku berdoa agar keputusan yang aku buat ni keputusan yang tepat..dan aku mohon agar aku takkan menyesal dengan tindakan yang aku ambil ni..aku dah minta restu orang tua aku itu yang penting..aku dah tanya pendapat buchuk..mungkin rezeki aku bukan di situ..mungkin ditempat lain..amin..

No comments:

Post a Comment