Monday, October 5, 2009

bolehker?


Akhir-akhir ni kepala aku ni sik berfikir bolehke hidup sebumbung dengan orang yang kita tak cinta..Orang dulu-dulu berkahwin atas pilihan mak bapak diorg..nikah dulu pastu baru bercinta. Tapi rumahtangga diorang kekal gak sampai berpuluh-puluh tahun..tapi zaman skang ni boleh ker? Yela nak duk sebumbung.hari-hari nak mengadap muka bolehke kalau takde cinta kat hati? Sedangkan yang berkahwin atas dasar cinta bergaduh macam nak tsunami inikan plak yang berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi atas dasar pilihan kedua ibu bapa..tak bolehla bayangkan..


Pada aku, perkahwinan ni bukan setakat hidup sama dan dapat anak je, tapi perkahwinan sebenarnya perkongsian hidup, masalah, jiwa, suka, duka, susah, senang dgn pasangan kita.kalau kita berkahwin dengan orang yang kita tak cinta bolehke kita kongsi segala-galanya bersama?mesti susah kan? tapi kenapa org dulu2 boleh? Aku pernah tanya benda ni kat tok aku.dia kata cinta tu boleh dipupuk..walaupun pada asalnya takde cinta kat hati masing2 tapi lama-lama nanti akan datang cinta bila dah duk lama..tapi aku masih tak boleh terima semua teori tu.ada betulnya, tapi berapa lama nak tunggu sampai adanya cinta?sampai bongkok?sampai menopous?aku tak boleh bayangkan..mesti susah..


Tapi, perkahwinan atas dasar cinta tak semestinya menjanjikan kebahagiaan pun..tapi bukan semuala.ada yang memang betul-betul bahagia kahwin atas dasar cinta..cuma, aku mungkin terlalu paranoid bila bercakap tentang kahwin ni.aku jadi sangat takut.takut kena kahwin dengan org yang aku tak cinta..takut gak bila berkahwin dgn org yg aku cinta..yela, angin aku ni satu badan takut bila jadi sesuatu dalam perkahwinan aku, cepat je aku naik angin.masa kita marah manala ingat cinta ke apa ke..tapi harap2 aku tenangla hadapi dugaan andainya aku dah kahwin nanti..


Bagi aku, aku tetap nak berkahwin dgn org yg aku cintai.. tak kisahla berapa lama pun aku kena tunggu, aku akan tetap tunggu sebab aku tak yakin aku mampu hidup sebumbung dengan org yg aku tak cintai.aku habiskan masa aku dan kongsi segala-galanya bersama org yang aku cintai.andai satu hari nanti mak bapak aku suruh aku kahwin dengan pilihan hati diorg, aku lari!!jadi buchuk, bila nak datang meminang??

No comments:

Post a Comment