Friday, October 12, 2012

~ sakan beraya ~

walaupun raya aidilfitri da lama berlalu, namun belum terlalu lewat rasanya tok aku post sambutan hari raya jabatan aku..
rasanya ni tahun kedua aku sambut hari raya di MPSJ namun tahun pertama aku sambut kat ofis. yela tahun lepas aku duk kat cawangan..so juz makan jela apa yang diorang tapaukan tok aku..syukur..


tahun ni dapat sambut kat ofis, bukan main meriah lagi sambutan..dengan makanannya lagi..macam2.. meriahla katakan..huhu...

walaupon kecoh tapi meriah..

sume makan tak hengat..

yang pasti sangat penat dan letih..

yang pastinya time ni la sume syok amek gambar bagai nak rak!! huhu..bukan selalu pown...kuikui..

apapun, aku ingin mengucapkan  selamat hari raya + selamat hari raya haji!!  hik..hik..walaupon dah terlambat..huhu..

-luv shizuka -

Thursday, September 27, 2012

~ go shizuka go! ~

ENTAH KENAPA AKU RASA GUNDAH GULANA SEMENJAK DUA MINGGU NI. ADA PERASAAN PELIK YANG LAIN YANG AKU RASAKAN MENYELUBUNGI AKU. PERASAAAN YANG SUKAR AKU GAMBARKAN, NAMUN YANG PASTI PERASAAN GUNDAH GULANA, BENAR0 BENAR MENGGANGGU EMOSI AKU. MEMBUATKAN AKU TAK KERUAN DAN GELISAH. AKU HANYA MAMPU BERDOA PADA TUHAN MOGA PERASAAN YANG AKU RASA INI ADALAH MAINAN SYAITAN SAHAJA. AMIN..MOGA TUHAN MENDENGAR DAN MEMBERIKAN AKU KETENANGAN.


BILA JADI MACAM NI AKU SELALU MENGADU DENGAN CINTA HATI AKU. LUAHKAN SEGALA YANG AKU RASA..RASA LEGA WALAUPUN PERASAAN ITU MASIH ADA. MUNGKIN KERANA KELETIHAN SEBAB KERJA DAN MUNKIN KURANG REHAT. MUNGKIN..

DALAM TEMPOH NI GAK MULALA DEMAM BATUK DATANG, SAKIT PALE TAKYAH CITE..TELAN UBAT JELA. NAK CEPAT SEMBUH KATAKAN..ERMMM...NAMUN SATU PERASAAN YANG AKU SANGAT PASTI ADALAH AKU DAH MULA RASA BOSAN BERDEPAN DENGAN PERANGAI ORANG2 KAT DALAM OFIS AKU NI. SEMUANYA PLASTIK..DEPAN KITA MUKA PUNYALA MANIS, BELAKANG..HABIS DIKUTUKNYA..ADOII..SEDIH RASANYA..

 
KAT SINI AKU MASIH BELUM LAGI TEMUI SAHABAT YANG BENAR2 ADA DENGAN AKU MASA SUSAH DAN SENANG AKU..SAHABAT YANG SENTIASA MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT UNTUK AKU..YANG ADA HANYALA INSAN YANG KERAP MEMPERLEKEHKAN AKU, YANG KERAP MENGATA AKU..NAMUN, BIARLA..AKU JADIKAN ITU SEMUA SEBAGAI PENDORONG DAN PERANGSANG BAGI AKU UNTUK MENRUSKAN HIDUP INI DENGAN LEBIH TABAH DAN CEKAL..MOGA KETABAHAN DAN KECEKALAN AKU INI AKAN MEMBUAHKAN SEBUAH GANJARAN YANG KELAK MEMBUKA MATA MEREKA ITU DAN MOGA IANYA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT KEDUA IBU BAPAKU, DIRIKU, FAMILIKU DAN CINTA HATI KU..YEAH!!
 GO SHIZUKA GO!!

Tuesday, August 14, 2012

~ selamat hari raya ~

 Diam tak diam sekejap je da nak dekat hari raya. Rasanya baru je aku berpuasa. tetiba je aku rasa sangat sayu untuk meninggalkan bulan puasa ni. rasanya masih banyak yang aku tertinggal dalam bulan puasa ni. Banyak lagi amalan yang masih aku belum lakukan.Aku berharap agar aku masih berkesempatan untuk menyambut puasa lagi di tahun - tahun hadapan. amin.


Dalam kesibukan bekerja ni sedar tak sedar sekejap je dah nak raya. Lagi beberapa minggu je seluruh umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya. Aku lak rasa sangat teruja sebab aku nak balik kampung berjumpa dengan mak apak aku, insan yang sangat aku sayang dan kasihi. Berjumpa dengan adik beradik aku, anak buah aku dan saudara mara yang dah lama tak jumpa. Time raya ni la nak berjumpa dengan semua dan mintak maaf dengan semua orang. Time raya ni gakla nak rapatkan balik semua hubungan yang renggang dan rapatkan hubungan yang telah sedia ada.


Kat ofis ni suasana raya dah ada, yela dengan lampu rayanya, dengan gantungan kad raya dengan lagu-lagu rayanya..mmm, terasala gak walaupun takdela meriah sangat. Berada di bandar time dah dekat nak raya ni takdela meriah macam kat kampung.. yela, klu kat kampung dengan lampu pelitanya, dengan bunti mercun dan meriam buluhnya, terasa sangat suasana nak raya tu.. kat bandar ni, terasa time kuar shopping beli barang jela ponn.. time beli baju raya tu rasala macam nak raya tapi takdela semeriah kat kampung.. aku sangat merindui suasana itu..suasana yang telah aku rasai hampir 26 tahun..suasana yang telah sebati dengan diriku..tak sabar nak balik kampung!! yeehaaa !!

Raya kali ni aku harap dapat berikan yang terbaik untuk mak apak aku..Nak bagi harta banyak aku tak mampu, jadai aku hanya cuba berikan  kebahagiaan kepada mereka berdua. Moga mereka gembira. Amin. Dan aku sentiasa berdoa agar dilanjutkan usia mereka berdua agar aku berpeluang membalas semua jasa mereka pada aku. Dan aku sentiasa berdoa agar aku diberikan kesempatan supaya dapat membahagiakan mereka sewaktu hayat mereka ada di dunia ini..amin.



Rasa macam dah takde mood je nak kerja dah dekat-dekat nak raya ni..aiyooo...malas je..nape eak..hikhik, mungkin sebab mood nak balik kampung da kot..sik ingat kampung je..ishhh..tak sabar nak balik kampong..yeehaa!! Moga time aku balik t tak jammed..Amin..


Dan kepada semua yang nak balik kampung, berhati-hati di jalanraya. Pandu cermat banyak jiwa yang selamat..tak gitu?

Apapun, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin untuk semua ikhlas dari shizuka !!




Monday, June 25, 2012

~ itukah cinta~


Pertama sekali aku ingin menngucapkan syukur kepada Allah kerana dikurniakan aku sebuah keluarga yang sangat bahagia. rasa syukur yang tidak terhingga kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, keluarga yang memberikan aku segala-galanya. keluarga yang memberi aku kasih sayang, didikan agama dan duniawi yang sempurna, keluarga yang membuatkan aku jadi manusia..Alhamdullillah syukur.. terima kasih ya Allah..

Bila cakap soal cinta, pastinya semua pernah merasai cinta. cinta? siapa yang tak tahu apa itu cinta..semuanya tahu apa itu cinta..siapa yang pernah merasai cinta pastinya tahu apakah itu cinta, pastinya tahu bagaimana sakitnya cinta juga pasti tahu bagaimana indahnya cinta..cinta oh cinta..


Bagi aku sendiri,cinta yang aku alami sekarang adalah cinta yang buat aku rasa bahagia.. iya, ku akui aku bahagia. bahagia dengan cinta hatiku kini..dan aku sentiasa berharap yang hubungan kami ini mendapat restu dan keredhaan yang Esa. dan aku sentiasa berdoa yang hubungan kami ini sampai ke jinjang pelamin dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

Namun, semalam aku berdepan dengan situasi yang mana sebelum ni aku baca kat paper, tengok kat tv dengar kat radio jer..isteri curang..curang dengan lelaki lain..SubhanALLAH..sebelum ni, bila terdengar berita macam ni, aku cuma mampu istighfar dan berfikir, kenapa perlu ada pasangan yang curang? bukankan pasangan ang  dikahwini itu adalah cinta hatinya? bukankan pasangan yang dikahwini itu pasangan yang telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama? kadangkala bila difikirkan semula, aku jadi takot dan bimbang.. yela, sekarang aku masih belum menempuh alam rumah tangga, jadi aku masih tidak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam rumahtangga itu..namun aku berharap yang rumah tangga aku kelak akan bahagia sehingga ke akhir hayat..amin..


Semalam, aku lihat sendiri kecurangan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.. SubhanALLAH..Hanya itu yang mampu aku ucapkan..tidak terkata aku dibuatnya. kalau kawan, aku masih boleh terima..biasala, bila berkahwin, hubungan kawan tidak akan terputus..namun, apa yang aku lihat semalam bukanlah hubungan yang hanya sekadar kawan, namun lebih kepada hubungan sulit..mana taknya, siap bermesra macam pasangan yang bercinta..entahla, terkejut aku dibuatnya..si isteri mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh si suami..keluar bekerja katanya, namun hakikatnya pergi menyulam cinta dengan kekasih hatinya..apa la nak jadi dengan dunia ni.


Yang membuatkan aku tertanya kekasih gelapnya tak terfikir ke yang perempuan itu adalah isteri kepada kaum sejenisnya dan ibu kepada anak-anaknya? kenapa sanggup menjadi punca kepada keretakan rumahtangga pasangan itu? kenapa sanggup ambil kesempatan di atas salah faham dan masalah yang dialami pasangan itu? apa yang akan kau peroleh? 
 
Terfikir akan aku andai si kekasih gelap itu ada isteri dan isterinya perlakukan perkara yang sama seprti yang dilakukannya kini, entah apala perasaannya tatkala itu..mungkin pada saat itu barulah dia mengerti apakah itu kesakitan akibat kecurangan..biarla..aku tak mahu masuk campur dalam urusan sesiapa pon kerana biarla dia dengan hidupnya. itu adalah jalan yang dipilihnya, biarla..yang aku tahu aku tak ganggu orang..tepuk dada, tanyala iman.


Dan yang pentingnya aku berharap yang hubungan cinta aku akan kekal bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..Amin..

Thursday, June 21, 2012

~ i wanna have your babies ~

entah kenapa semenjak dua menjak ni aku tak habis-habis main lagu ni.. x kisahla time drive nak balik keje ke, time nak tido ke, suke sangat lagu ni..tak taw kenapa..terlalu sukakannya.. bila dengar lagu ni je aku rasa tenang jer..rasa bahagia..ada sesuatu pada lagu ni yang benar-benar menarik minat aku..mungkin liriknya..yang pasti aku sangat sukakakannya..walaupun lagu ni dah lama sebenarnya, tapi aku tetap suke!! shizuka suke!!

" What happens in Vegas stays in Vegas
But what if it don't?
What happens in my head stays in my head
But sometimes it won't
What if you knew what I was thinking
Would it make you like WOHHHHH!
Don't wanna risk puttin' my foot in it
So ill keep my mouth closed!

All you hear is...

mmm mmm m m m m
Gonna button my lip So the truth don't slip
mmm mmm m m m m m
Gotta beep out what I really wanna shout
Woops Did I say it out loud, did you find out
I wanna have your babies
It's serious like crazy
I wanna have your babies
I see 'em springing up like daisies


Some of my feelings keep escapin'
so I make it a joke
Nonchalant I keep on fakin'
So my heart don't get broke
I'm in a big big big big ocean in a tiny little boat
Ill only put the idea out there If I know its gonna float

All you hear is...

mmm mmm m m m m m
Gonna button my lip
So the truth don't slip
mmm mmm m m m m m
Gotta beep out
What I really wanna shout
Woops Did I say it out loud
Did you find out
I wanna have your babies
It's serious like crazy
I wanna have your babies
I see 'em springing up like daisy's

In my head there's a slot machine
And I'm bettin' you're the one in my hopes and dreams

Trust me it would scare you if you knew what was goin' on in my brain
Trust me it would scare you that I've picked out the church all the schools all the names
If you knew it was all about you every wish Every candle every coin in a fountain
Trust me it would scare you

Thats why I go...


Gonna button my lip
So the truth don't slip
mmm mmm m m m m m
Gotta beep out
What I really wanna shout
Woops Did I say it out loud
Did you find out
I wanna have your babies
It's serious like crazy
I wanna have your babies
I see 'em springing up like daisy's







Thursday, June 14, 2012

~ kosong ~

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...
Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..
Kosong .. kosong ..


Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...
Kosong...kosong...

entah kenapa aku suka sekali dengan lagu ni.. sangat suka, sangat memberikan aku inspirasi.sangat membuat aku bersemangat..lagu ni beri aku banyak kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan aku di sini..tahniah najwa untuk sebuah lagu yang banyak memberi inspirasi kepada aku..yang pasti bila dengar lagu ni aku tak lagi kosong..

Wednesday, June 13, 2012

kan da kata...

 kan dah kata..
blajo tu penting...
kan dah kata..
blajo betol2..
kan dah kata..
ilmu tu panduan hidop...
 kan dah kata...
bila ada ilmu semuanya kita tahu..
kan dah kata ..
bila ada ilmu semua orang pandang kita..
kan dah kata ilmu tu segala-galanya..
dengan ilmu kita boleh berfikir dengan logik, 
lebih pertimbangan dan lebih kritis..
 kan dah kata..
ilmu tu penting..
adanya ilmu, campak kat mana pon boleh hidup..
segalanya pasti menjadi..segalanya pasti berhasil..
jadi hidup wajib ada ilmu..
tuntutla ilmu setinggi yang mampu..
untuk bekalan hari tua kita..
agar anak-anak kita berbangga dengan kita..
agar anak kita menjadi lebih berilmu kelak...

Sunday, April 29, 2012

~ permudahkanla Ya Allah ~

hari ini aku mulakan hariku dengan rasa yang berbeza..entah kenapa aku tak pasti namun ada satu perasaan yang aku sangat tak fahami.. rasa senang sekali.. rasa bahagia sekali..bahagia kerana memiliki sesuatu yang dinamakan cinta. ya cinta..perasaan yang sangat sukar diungkapkan namun ia adalah sesuatu yang bisa membuatkan kit arasa bahagia dan kadangkala membuat jiwa gundah gulana. namun, apa yang aku rasakan kini adalah rasa yang bahagia. bahagia kerana memiliki cinta bersama dengan si dia, jejaka yang telah membuatkan aku rasa sungguh bahagia. membuatkan aku rasa sentiasa disayangi, membuatkan aku rasa tak tenteram dan rindu bila tak berjumpa. sesuatu yang sangat sukar  untuk diungkapkan. hanya mereka yang bercinta sahaja yang dapat merasainya. sangat indah.sesuatu yang sangat sukar digambarkan.

sejak kebelakangan ni, aku mula merasakan sudah sampaila masanya aku menamatkan zaman bujang aku, namun tak tau bila. kami sering berbincang perkara ni namun tiada kata putus yang muktamad. kami sepakat untuk menamatkan zaman bujang kami namun tarikh dan masanya je yang kami belum putuskan. namun setiap hari aku senantiasa berdoa agar dipermudahkan urusan jodoh kami berdua. dibukakan pintu rezeki kami seluas2nya..amin.. 

setelah hampir 4 tahun kami menyulam cinta, rasanya kini masa yang sesuai untuk kami mengabadikan cinta kami.. namun kami hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segalanya. tapi aku tak akan pernah berhenti berdoa pada Tujhan agar dipanjangkan jodoh kami dan dipermudahkan urusan jodoh kami berdua..Amin..

moga impian dan harapan kami tercapai dan dimakbulkan Tuhan..
Amin..

Friday, April 27, 2012

~ cemburula tu~

ermmm..manusia kan. dah memang itu lumrahnya. cemburu.cemburu pada yang berjaya cemburu pada yang gembira, cemburu pada kebahagiaan yang dimiliki oleh orang lain. cemburu untu ke arah kebaikan aku tak kisah tapi cemburu sampai buruk2kan kita sampai menabur cerita yang bukan2 pada orang sekeliling tu aku cukup benci. kenapa perlu jatuhkan orang sampai macam tu sekali? kenapa? salah apa aku pada kau ni? ya allah, kenapa? adakah  kerana aku ni lebih bijak dari kamu , adakah kerana aku ada segulung ijazah? adakah kerana aku mudah mesra dengan semua orang aku dicemburui kamu? ya Allah, berat sungguh dugaanmu padaku ya allah..ku mohon petunjukMU ya Allah.. beri aku kekuatan untuk harunginya ya Allah.. 

kadangkala aku rasa kecewa dengan sikap segelintir masysrakat melayu yang bersikap demikian. benar kata Tun Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA.lupa pada bangsanya sendiri, lupa pada kepentingan bersatu padu, lupa tuk membantu bangsanya maju ..ah biarla. persetankan dengan semua orang yang dengki itu. kelak mereka akan tahu yang mereka itu sebenarnya bodoh! bodoh kerana sanggup memecah-belahkan bangsa sendiri.. biarla mereka terus dengan kebodohan mereka itu..sampai masa aku yang akan mentertawakan mereka kerana kebodohan mereka itu..

sejujurnya aku akui, aku rasa lemah dan lemas dikelilingi oleh melayu yang penuh dengan perasaaan cemburu dan dengki. melayu yang penuh dengan prasangka. melayu yang penuh dengan sombongnya..namun aku tak akan berhenti berdoa pada tuhan agar aku dimurahkan rezeki yang lebih luas dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak. amin.. biar aku tunjukkan pada mereka yang aku memang layak lebih berjaya dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik berbanding mereka yang memang bodoh itu!! persetankan pada mereka shizuka kerana mereka memang sangat cemburukan kamu!!!! cemburula tu!

Monday, April 23, 2012

new baby..

hikhik..sabtu lalu me + biawak pasir ke perodua tuk ambil my new baby..
hik hik.. suke sangat..moga memudahkan lagi urusan harianku..moga dipermudahkan lagi rezekiku di masa hadapan..tak sabar nak tunjuk kat mak apak..berkat doa mereka..amin..berkat doa mereka jugala aku masih gagah meneruskan tugasan harianku dan berkat doa mereka jugala aku masih berani menempuhi kesukaran yang aku alami kini. Aku mohon pada tuhan moga aku dimurahkan rezeki agar dapat balas jasa mak apak aku semasa hayat mereka ada di dunia ini.
apapun aku harap dengan adanya new baby ni aku akan lebih bersungguh-sungguh dan lebih bersemanagt lagi..teima kasih tuk mak apak dan biawak pasir yang dah banyak sangat tolong aku. moga new baby ni cepat serasi dengan aku..amin..

Sunday, April 15, 2012

aku nak kurus!!

mak aiiii...baru-baru ni aku pegi timbang badan. alangkah terkejutnya badan aku dah naik..mak aiii..65 kg..sedih toll..nak menjerit rasanya..aku pon tak tau nak wat camner lagi da..rasanya dah nak habis akal dah aku cuba macam -macam cara tuk kurangkan berat badan aku namun nampaknya masih belum membuahkan hasil. alangkah kecewanya hati aku ni..paling sedih skali bila time nak pakai baju tuk kuar dating ngn my love, alamak aiiii, sume dah tak muat dah..geramnyer..sakit ati aku..

apapun, aku still berharap agar aku boleh kurangkan berat badan, cume sekarang aku kena pastikan yang aku lebih bersemangat dan aku tak akan berputus asa..
chaiyokkkkkk!!!!!!!
aku nak kurus!!! aku boleh kurus!!!! yeahhhhh!!!!!

Wednesday, April 11, 2012

~ inilah kehidupan ~

Menghitung hari demi hari, tak sedar hampir setahun aku di sini. jalani hidup aku di sini yang kadangkala penuh dengan kegembiraan, kadangkala penuh dengan kedukaan. bermacam-macam perasaan dan warna yang aku alami di sini.. kadangkala aku bertemu dengan manusia yang sangat menyenangkan, dan kadangkala aku bertemu dengan manusia yang sangat menjengkelkan. itula yang aku alami selama hampir setahun aku di sini..percaya atau tidak, itulah realitinya..

Menjalani kehidupan di sini tanpa orang yang aku sayangi kadangkala membuatkan aku rasa sangat lemah untuk berdepan dengan semuanya..semuanya..semuanya tampak menjengkelkan bagi diriku..namun, aku tetap gagahkan diri dan kuatkan semangat untuk menjalani semuanya dengan tenang dan moga aku dapat jalaninya dengan tabah..setiap hari aku bermohon pada tuhan agar aku diberi kekuatan untuk menharungi segalanya..


Namun inilah realiti kehidupan yang sememangnya harus aku jalani. sedih, sakit, gembira harus aku tempuhi. jujur aku katakan aku seakan hampa dengan manusia yang aku temui di sini. semuanya hipokrit dan bijak berkata-kata. bijak bermuka-muka dan penuh dengan hasad dengki. buat aku sangat kecewa dengan segalanya yang berlaku. bermuka manis dan berkata segala yang manis didepan aku, namun sebaliknya apabila dibelakang aku..kenapa mereka sangat dangkal dan berfikiran cetek? bukankan seharusnya mereka lebih matang dalam urusan kerja kerana mereka lebih berpengalaman dari aku? kenapa perlu dengki dan tabur cerita yang bukan-bukan? kenapa? inila relitinya MELAYU yang kadangkala aku sendiri tak mahu mengakuinya, namun inilah realitinya, MELAYU  penuh dengan hasad dengki dan tak mahu bangsa sendiri maju..subhanallah..


Begini rupanya kehidupan. manusia yang ada berbagai-bagai rupa dan berbagai-bagai watak..teringat aku pada pesan orang tua aku, " kau masih tak tahu yang hidup ni sebenarnya sangat ngeri "..betul la kata mereka..aku cuma berdoa pada tuhan agar aku dilindungi dari perasaan dengki dan khianat orang-orang disekeliling aku dan moga aku senantiasa dikasihi dan diberi keredhaan dalam menjalani hidup aku ini.

Amin.