Friday, November 13, 2009

Meniru Menipu


"Jika kamu melahirkan sesuatu atau menyembunyikannya, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu."(Al Ahzab, 54)

Usaha langkah kejayaan

Saturday, October 10, 2009

Final Exam

Nak masuk final exam sudah. Dah la tak ready nih.

Tuk member-member,
Gudluck final exam.
Hope dapat jawab dengan senang dan tenang.

Dan.. lepas final jum lah lepaking ! :)

Wednesday, October 7, 2009

Bagan Pinang


Jalan raya penuh dengan bendera, poster. Jalan sesak manusia entah dari mane ntah datangm yang bertanding sorang yang datang seloyang. Tu lah semangat 1Malaysia.


Kemain besar kain ko gantung. Mase ni lah kedai semua prepare bawang lebih, milo lebih tin, susu, ramai customer datang. Kerusi pun sental bagi nampak baru. huh..

No Komen.

Sunday, October 4, 2009

Lame sesangat tak post kan ?


Hello, umm lame sangat tak post kat blog ni. Bukan malas cume tak rajin haha nak drop lah tuh sile la. Semangat nak tulis ni kadang2 je ade. Sekarang ni pun sebab bosan takde ape nak buat. Jadi lepas ni aku akan cuba rajin serajin untuk post. Aku menaip kalau malas tak pe lah, korang bace je tak kan malas jugak kot ? So, bace pun kene rajin :)

Sunday, August 16, 2009

Harapan Ramadhan




Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.



Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi kite.

Sabda Rasulullah saw,
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada kite. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Jangan mensia-sia kan kelebihannya.

Sabda Rasulullah saw,
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Sambil tu boleh la layan citer Upin & Ipin..hehe

Tuesday, August 11, 2009

Oh


Penularan wabak itu sewajarnya disusuli oleh peringatan dan nasihat yang lebih meluas akan tanda - tanda kemurkaan Yang Esa akan kemungkaran dan kebinasaan yang giat dilakukan.

Kita terlalu melihat ke luar, pada dunia namun kita lupa bahawa virus yang menyebarluas H1N1 sebenarnya juga makhluk Allah SWT yang hanya menurut perintah dan suruhan-Nya, tidak lebih dari itu. Suatu hakikat yang jelas dan nyata namun sering dipandang enteng dan diperlekehkan memandangkan manusia beranggapan bahawa mereka memiliki segalanya - virus perlu ditumpaskan dengan vaksin. Mana mungkin virus boleh tewas dengan doa dan munajat?

Ingatlah agar kembali kepada fitrah kejadian, beribadahlah dan beriman kepada Yang Esa.

“Ayat-ayat yang mulia ini memberi pengertian kepada kita bahwa Allah adalah Maha Adil dan Bijaksana. Dia tidak akan menurunkan bala’ dan bencana atas suatu kaum kecuali karena perbuatan maksiat, dan pelanggaran mereka terhadap perintah-perintah Allah.” (Minhaj Al Firqoh An Najiyah)
Sesunguhnya manusia pelupa...

Thursday, July 9, 2009

Semakin Tua

7 Julai lepas birthday aku. Hari tu hari selase, aku tak pergi sekolah sebab semua org dalam rumah aku bangun lambat. Pukul 7 baru bangun, haha...semua nyer 7,7,7 dan 7. Mak aku cakap, dulu mase lahir pun aku lahir 7 pagi. Semua no 7. Aku memang suke no 7. Banyak lah pulak aku taip 7 kat sini. Bangga plak 7. Urm, pagi tu ramai wish kat aku. Tu dah mmg seperti biase. Dalam enset,internet,kat sekolah ade jugak wish kat aku. Takde hadiah pun takpe la. Tapi lau nak rase dihargai bagi lah hadiah. Malam tu sekeluarga kuar mkn kat luar. Kat depan pintu je, luar jugak. Eh, takde lah..aku merepek je. Kat kedai-kedai murah je sebab dorg sewa je kedai tu bukan beli. Semua org makan yg same yg berlauk-lauk. Aku ngan kakak aku je lain. Kiteorg mkn makanan yg ade name chop-chop hujungnye. Aku chicken chop akak aku lamb chop(betul kot eja mcm nih). Makan punye makan mesti lah kenyang. Pastu balik umah tido. Malas aku nak cite lagi. haha.