Thursday, October 8, 2009

adam


hari ni adam buat perangai lagi..mamat tu ajak aku klu p tengok wayang..mamat ni tau je yg aku tgh bosan tahap gaban..tapi entah kenapa aku rasa malasla plak..aku nak p tengok movie ngan buchuk gak..dah lama tak spent time 2 gether..tapi bila aku call buchuk..dia kata dia sangat sibuk..dan bila dia letak phone time aku ngah bercakap tu yg buat aku nek antoo...malas nak layanla..

bila dah jadi macmni, aku rasa nak je terima pelawaan sdsm tspi msldls..nsnti bergaduh lagi dgn buchuk..x kisahla..yg penting aku dgn aktiviti tetap aku...membute..indahnya..ptg tu gak aku rasa terkejut sbb dapat berita dr lin..dia cakap dia pregnant 2 bulan..ha?biar btl minah ni..hr tu dia gak cakap..xmo bb la itula, inila...tapi...dah rezeki kan..terima jela..ha, bila macam ni, baru aku perasan, member sebaya aku semua dah kendong bb..akubila lagi?tunggu duit membukit dulu..huhu

Wednesday, October 7, 2009


bosannya menghadap hari2 aku ni..
masalah aku takde sape yang tahu.
pada siapa aku nak luah?pada buchuk?
bukan...
dia takkan layan masalah aku..
cuma masalah kawan baik dia dunia kahirat jer yg dia layan..
yg pasti aku terlalu tertekan dan aku akan pendam sampai aku rasa aku tak mampu pendam..
masa tu aku tahu pada siapa aku nak cerita yg pasti bukan pada buchuk..

Monday, October 5, 2009

bolehker?


Akhir-akhir ni kepala aku ni sik berfikir bolehke hidup sebumbung dengan orang yang kita tak cinta..Orang dulu-dulu berkahwin atas pilihan mak bapak diorg..nikah dulu pastu baru bercinta. Tapi rumahtangga diorang kekal gak sampai berpuluh-puluh tahun..tapi zaman skang ni boleh ker? Yela nak duk sebumbung.hari-hari nak mengadap muka bolehke kalau takde cinta kat hati? Sedangkan yang berkahwin atas dasar cinta bergaduh macam nak tsunami inikan plak yang berkahwin bukan atas dasar cinta, tapi atas dasar pilihan kedua ibu bapa..tak bolehla bayangkan..


Pada aku, perkahwinan ni bukan setakat hidup sama dan dapat anak je, tapi perkahwinan sebenarnya perkongsian hidup, masalah, jiwa, suka, duka, susah, senang dgn pasangan kita.kalau kita berkahwin dengan orang yang kita tak cinta bolehke kita kongsi segala-galanya bersama?mesti susah kan? tapi kenapa org dulu2 boleh? Aku pernah tanya benda ni kat tok aku.dia kata cinta tu boleh dipupuk..walaupun pada asalnya takde cinta kat hati masing2 tapi lama-lama nanti akan datang cinta bila dah duk lama..tapi aku masih tak boleh terima semua teori tu.ada betulnya, tapi berapa lama nak tunggu sampai adanya cinta?sampai bongkok?sampai menopous?aku tak boleh bayangkan..mesti susah..


Tapi, perkahwinan atas dasar cinta tak semestinya menjanjikan kebahagiaan pun..tapi bukan semuala.ada yang memang betul-betul bahagia kahwin atas dasar cinta..cuma, aku mungkin terlalu paranoid bila bercakap tentang kahwin ni.aku jadi sangat takut.takut kena kahwin dengan org yang aku tak cinta..takut gak bila berkahwin dgn org yg aku cinta..yela, angin aku ni satu badan takut bila jadi sesuatu dalam perkahwinan aku, cepat je aku naik angin.masa kita marah manala ingat cinta ke apa ke..tapi harap2 aku tenangla hadapi dugaan andainya aku dah kahwin nanti..


Bagi aku, aku tetap nak berkahwin dgn org yg aku cintai.. tak kisahla berapa lama pun aku kena tunggu, aku akan tetap tunggu sebab aku tak yakin aku mampu hidup sebumbung dengan org yg aku tak cintai.aku habiskan masa aku dan kongsi segala-galanya bersama org yang aku cintai.andai satu hari nanti mak bapak aku suruh aku kahwin dengan pilihan hati diorg, aku lari!!jadi buchuk, bila nak datang meminang??

Me + hasnul + movie



Disebabkan bosan punya pasal dan bengang dengan perangai buchuk, aku setuju jerk terima perlawaan hasnul p tgk movie sesame..dah lama dah dia ajak aku kuar tapi aku malasla sebab nak jaga hati buchuk.yela, nanti cemburu plak buchuk..aku taknak dia salah sangka plak nanti tapi disebabkan aku baran tahap g aban ngan perangai dia tu, aku kuar je.lantakla.


Kul 2.00 hasnul amek aku..duk fikir nak tgk movie katne.lastly, kami p kat melaka mall coz kat situ paling dekat dan senang nak parking..ptg tu ramai gak yg layan movie, aku duk fikir nak layan citer per..ingat nak p ngok jin notti tapi mangkuk ayun mana layan citer melayu..tak berubah dr dulu sampai skang!!benci aku..sama jer macam buchuk..mana layan citer melayu kat movie ni..entah kenapa aku pun tak tau..bagi aku, aku tak kisah citer apapun yg penting aku suka dan aku tak pakai pun duit org2 yg duk mengata tu..podah!


Yg aku bengang ptg tu si buchuk tu tak habis2 kejap2 call, kejap2 call..bakar darah betolla mamat tu.nak je aku off tapi x sampai hati..aku sayang dia..xnak nanti bergaduh..penatlah bergaduh..kitorg kalau dah bergaduh kang kemarau kat melaka ngan tangkak nanti..jadi, aku layan jela call dpd dia..siap ko nanti buchuk.geram aku!


Ptg tu kami ngok citer gamer coz citer yg lain macam gampang..citer ni okla sket drpd yg lain tu..layan jela..tak ramai mana pun yg tgk citer tu..xdla penuh sangat..ramai yg datang tu kekasih kot dok peluk cium depan aku..lantak korangla..


Not badla citer tu..biasa2 aja..aku macam biasa kuar panggung je mesti kebulor..aku pau hasnul makan kat secret recipe tp dia xmau..kedekut drpd dulu menyampah aku!!ermm..aku ajak dia makan kat ayam taki..ayam kan…aku tak kisah..abis je makan dia ajak aku p berjalan tp aku malas..penat r!!nak balik tido lagi best..apa lagi, memuncung jela mamat tu sepanjang jalan..aku cakapla kat dia, ada masa nanti kuarla lagi..barula dia senyum..menyampah aku..


Tapi, kuar dgn hasnul sebenarnya buat hati aku rasa sedikit tenang..spt dulu, dia tak berubah dengan perangai dia yang sangat mengambil berat dan sentiasa bagi motivate kat aku..sepanjang jalan tu banyak gakla dia nasihat aku..at least, kurangla sikit angin baran aku ptg tu..aku sampai umah tepat kul 6..sblm mamat tu balik sempat lagi dia kutuk aku gemok..siput babi btol!!tapi memang aku dah gemok dari biasa pun..huhu..apapun, hepi kuar ngan hasnul coz dah lama tak hang out 2gether..