Sunday, April 29, 2012

~ permudahkanla Ya Allah ~

hari ini aku mulakan hariku dengan rasa yang berbeza..entah kenapa aku tak pasti namun ada satu perasaan yang aku sangat tak fahami.. rasa senang sekali.. rasa bahagia sekali..bahagia kerana memiliki sesuatu yang dinamakan cinta. ya cinta..perasaan yang sangat sukar diungkapkan namun ia adalah sesuatu yang bisa membuatkan kit arasa bahagia dan kadangkala membuat jiwa gundah gulana. namun, apa yang aku rasakan kini adalah rasa yang bahagia. bahagia kerana memiliki cinta bersama dengan si dia, jejaka yang telah membuatkan aku rasa sungguh bahagia. membuatkan aku rasa sentiasa disayangi, membuatkan aku rasa tak tenteram dan rindu bila tak berjumpa. sesuatu yang sangat sukar  untuk diungkapkan. hanya mereka yang bercinta sahaja yang dapat merasainya. sangat indah.sesuatu yang sangat sukar digambarkan.

sejak kebelakangan ni, aku mula merasakan sudah sampaila masanya aku menamatkan zaman bujang aku, namun tak tau bila. kami sering berbincang perkara ni namun tiada kata putus yang muktamad. kami sepakat untuk menamatkan zaman bujang kami namun tarikh dan masanya je yang kami belum putuskan. namun setiap hari aku senantiasa berdoa agar dipermudahkan urusan jodoh kami berdua. dibukakan pintu rezeki kami seluas2nya..amin.. 

setelah hampir 4 tahun kami menyulam cinta, rasanya kini masa yang sesuai untuk kami mengabadikan cinta kami.. namun kami hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segalanya. tapi aku tak akan pernah berhenti berdoa pada Tujhan agar dipanjangkan jodoh kami dan dipermudahkan urusan jodoh kami berdua..Amin..

moga impian dan harapan kami tercapai dan dimakbulkan Tuhan..
Amin..

Friday, April 27, 2012

~ cemburula tu~

ermmm..manusia kan. dah memang itu lumrahnya. cemburu.cemburu pada yang berjaya cemburu pada yang gembira, cemburu pada kebahagiaan yang dimiliki oleh orang lain. cemburu untu ke arah kebaikan aku tak kisah tapi cemburu sampai buruk2kan kita sampai menabur cerita yang bukan2 pada orang sekeliling tu aku cukup benci. kenapa perlu jatuhkan orang sampai macam tu sekali? kenapa? salah apa aku pada kau ni? ya allah, kenapa? adakah  kerana aku ni lebih bijak dari kamu , adakah kerana aku ada segulung ijazah? adakah kerana aku mudah mesra dengan semua orang aku dicemburui kamu? ya Allah, berat sungguh dugaanmu padaku ya allah..ku mohon petunjukMU ya Allah.. beri aku kekuatan untuk harunginya ya Allah.. 

kadangkala aku rasa kecewa dengan sikap segelintir masysrakat melayu yang bersikap demikian. benar kata Tun Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA.lupa pada bangsanya sendiri, lupa pada kepentingan bersatu padu, lupa tuk membantu bangsanya maju ..ah biarla. persetankan dengan semua orang yang dengki itu. kelak mereka akan tahu yang mereka itu sebenarnya bodoh! bodoh kerana sanggup memecah-belahkan bangsa sendiri.. biarla mereka terus dengan kebodohan mereka itu..sampai masa aku yang akan mentertawakan mereka kerana kebodohan mereka itu..

sejujurnya aku akui, aku rasa lemah dan lemas dikelilingi oleh melayu yang penuh dengan perasaaan cemburu dan dengki. melayu yang penuh dengan prasangka. melayu yang penuh dengan sombongnya..namun aku tak akan berhenti berdoa pada tuhan agar aku dimurahkan rezeki yang lebih luas dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak. amin.. biar aku tunjukkan pada mereka yang aku memang layak lebih berjaya dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik berbanding mereka yang memang bodoh itu!! persetankan pada mereka shizuka kerana mereka memang sangat cemburukan kamu!!!! cemburula tu!

Monday, April 23, 2012

new baby..

hikhik..sabtu lalu me + biawak pasir ke perodua tuk ambil my new baby..
hik hik.. suke sangat..moga memudahkan lagi urusan harianku..moga dipermudahkan lagi rezekiku di masa hadapan..tak sabar nak tunjuk kat mak apak..berkat doa mereka..amin..berkat doa mereka jugala aku masih gagah meneruskan tugasan harianku dan berkat doa mereka jugala aku masih berani menempuhi kesukaran yang aku alami kini. Aku mohon pada tuhan moga aku dimurahkan rezeki agar dapat balas jasa mak apak aku semasa hayat mereka ada di dunia ini.
apapun aku harap dengan adanya new baby ni aku akan lebih bersungguh-sungguh dan lebih bersemanagt lagi..teima kasih tuk mak apak dan biawak pasir yang dah banyak sangat tolong aku. moga new baby ni cepat serasi dengan aku..amin..

Sunday, April 15, 2012

aku nak kurus!!

mak aiiii...baru-baru ni aku pegi timbang badan. alangkah terkejutnya badan aku dah naik..mak aiii..65 kg..sedih toll..nak menjerit rasanya..aku pon tak tau nak wat camner lagi da..rasanya dah nak habis akal dah aku cuba macam -macam cara tuk kurangkan berat badan aku namun nampaknya masih belum membuahkan hasil. alangkah kecewanya hati aku ni..paling sedih skali bila time nak pakai baju tuk kuar dating ngn my love, alamak aiiii, sume dah tak muat dah..geramnyer..sakit ati aku..

apapun, aku still berharap agar aku boleh kurangkan berat badan, cume sekarang aku kena pastikan yang aku lebih bersemangat dan aku tak akan berputus asa..
chaiyokkkkkk!!!!!!!
aku nak kurus!!! aku boleh kurus!!!! yeahhhhh!!!!!

Wednesday, April 11, 2012

~ inilah kehidupan ~

Menghitung hari demi hari, tak sedar hampir setahun aku di sini. jalani hidup aku di sini yang kadangkala penuh dengan kegembiraan, kadangkala penuh dengan kedukaan. bermacam-macam perasaan dan warna yang aku alami di sini.. kadangkala aku bertemu dengan manusia yang sangat menyenangkan, dan kadangkala aku bertemu dengan manusia yang sangat menjengkelkan. itula yang aku alami selama hampir setahun aku di sini..percaya atau tidak, itulah realitinya..

Menjalani kehidupan di sini tanpa orang yang aku sayangi kadangkala membuatkan aku rasa sangat lemah untuk berdepan dengan semuanya..semuanya..semuanya tampak menjengkelkan bagi diriku..namun, aku tetap gagahkan diri dan kuatkan semangat untuk menjalani semuanya dengan tenang dan moga aku dapat jalaninya dengan tabah..setiap hari aku bermohon pada tuhan agar aku diberi kekuatan untuk menharungi segalanya..


Namun inilah realiti kehidupan yang sememangnya harus aku jalani. sedih, sakit, gembira harus aku tempuhi. jujur aku katakan aku seakan hampa dengan manusia yang aku temui di sini. semuanya hipokrit dan bijak berkata-kata. bijak bermuka-muka dan penuh dengan hasad dengki. buat aku sangat kecewa dengan segalanya yang berlaku. bermuka manis dan berkata segala yang manis didepan aku, namun sebaliknya apabila dibelakang aku..kenapa mereka sangat dangkal dan berfikiran cetek? bukankan seharusnya mereka lebih matang dalam urusan kerja kerana mereka lebih berpengalaman dari aku? kenapa perlu dengki dan tabur cerita yang bukan-bukan? kenapa? inila relitinya MELAYU yang kadangkala aku sendiri tak mahu mengakuinya, namun inilah realitinya, MELAYU  penuh dengan hasad dengki dan tak mahu bangsa sendiri maju..subhanallah..


Begini rupanya kehidupan. manusia yang ada berbagai-bagai rupa dan berbagai-bagai watak..teringat aku pada pesan orang tua aku, " kau masih tak tahu yang hidup ni sebenarnya sangat ngeri "..betul la kata mereka..aku cuma berdoa pada tuhan agar aku dilindungi dari perasaan dengki dan khianat orang-orang disekeliling aku dan moga aku senantiasa dikasihi dan diberi keredhaan dalam menjalani hidup aku ini.

Amin.