Friday, April 27, 2012

~ cemburula tu~

ermmm..manusia kan. dah memang itu lumrahnya. cemburu.cemburu pada yang berjaya cemburu pada yang gembira, cemburu pada kebahagiaan yang dimiliki oleh orang lain. cemburu untu ke arah kebaikan aku tak kisah tapi cemburu sampai buruk2kan kita sampai menabur cerita yang bukan2 pada orang sekeliling tu aku cukup benci. kenapa perlu jatuhkan orang sampai macam tu sekali? kenapa? salah apa aku pada kau ni? ya allah, kenapa? adakah  kerana aku ni lebih bijak dari kamu , adakah kerana aku ada segulung ijazah? adakah kerana aku mudah mesra dengan semua orang aku dicemburui kamu? ya Allah, berat sungguh dugaanmu padaku ya allah..ku mohon petunjukMU ya Allah.. beri aku kekuatan untuk harunginya ya Allah.. 

kadangkala aku rasa kecewa dengan sikap segelintir masysrakat melayu yang bersikap demikian. benar kata Tun Mahathir, MELAYU MUDAH LUPA.lupa pada bangsanya sendiri, lupa pada kepentingan bersatu padu, lupa tuk membantu bangsanya maju ..ah biarla. persetankan dengan semua orang yang dengki itu. kelak mereka akan tahu yang mereka itu sebenarnya bodoh! bodoh kerana sanggup memecah-belahkan bangsa sendiri.. biarla mereka terus dengan kebodohan mereka itu..sampai masa aku yang akan mentertawakan mereka kerana kebodohan mereka itu..

sejujurnya aku akui, aku rasa lemah dan lemas dikelilingi oleh melayu yang penuh dengan perasaaan cemburu dan dengki. melayu yang penuh dengan prasangka. melayu yang penuh dengan sombongnya..namun aku tak akan berhenti berdoa pada tuhan agar aku dimurahkan rezeki yang lebih luas dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak. amin.. biar aku tunjukkan pada mereka yang aku memang layak lebih berjaya dan memperoleh pekerjaan yang lebih baik berbanding mereka yang memang bodoh itu!! persetankan pada mereka shizuka kerana mereka memang sangat cemburukan kamu!!!! cemburula tu!

No comments:

Post a Comment