Wednesday, April 11, 2012

~ inilah kehidupan ~

Menghitung hari demi hari, tak sedar hampir setahun aku di sini. jalani hidup aku di sini yang kadangkala penuh dengan kegembiraan, kadangkala penuh dengan kedukaan. bermacam-macam perasaan dan warna yang aku alami di sini.. kadangkala aku bertemu dengan manusia yang sangat menyenangkan, dan kadangkala aku bertemu dengan manusia yang sangat menjengkelkan. itula yang aku alami selama hampir setahun aku di sini..percaya atau tidak, itulah realitinya..

Menjalani kehidupan di sini tanpa orang yang aku sayangi kadangkala membuatkan aku rasa sangat lemah untuk berdepan dengan semuanya..semuanya..semuanya tampak menjengkelkan bagi diriku..namun, aku tetap gagahkan diri dan kuatkan semangat untuk menjalani semuanya dengan tenang dan moga aku dapat jalaninya dengan tabah..setiap hari aku bermohon pada tuhan agar aku diberi kekuatan untuk menharungi segalanya..


Namun inilah realiti kehidupan yang sememangnya harus aku jalani. sedih, sakit, gembira harus aku tempuhi. jujur aku katakan aku seakan hampa dengan manusia yang aku temui di sini. semuanya hipokrit dan bijak berkata-kata. bijak bermuka-muka dan penuh dengan hasad dengki. buat aku sangat kecewa dengan segalanya yang berlaku. bermuka manis dan berkata segala yang manis didepan aku, namun sebaliknya apabila dibelakang aku..kenapa mereka sangat dangkal dan berfikiran cetek? bukankan seharusnya mereka lebih matang dalam urusan kerja kerana mereka lebih berpengalaman dari aku? kenapa perlu dengki dan tabur cerita yang bukan-bukan? kenapa? inila relitinya MELAYU yang kadangkala aku sendiri tak mahu mengakuinya, namun inilah realitinya, MELAYU  penuh dengan hasad dengki dan tak mahu bangsa sendiri maju..subhanallah..


Begini rupanya kehidupan. manusia yang ada berbagai-bagai rupa dan berbagai-bagai watak..teringat aku pada pesan orang tua aku, " kau masih tak tahu yang hidup ni sebenarnya sangat ngeri "..betul la kata mereka..aku cuma berdoa pada tuhan agar aku dilindungi dari perasaan dengki dan khianat orang-orang disekeliling aku dan moga aku senantiasa dikasihi dan diberi keredhaan dalam menjalani hidup aku ini.

Amin.

No comments:

Post a Comment