Sunday, April 29, 2012

~ permudahkanla Ya Allah ~

hari ini aku mulakan hariku dengan rasa yang berbeza..entah kenapa aku tak pasti namun ada satu perasaan yang aku sangat tak fahami.. rasa senang sekali.. rasa bahagia sekali..bahagia kerana memiliki sesuatu yang dinamakan cinta. ya cinta..perasaan yang sangat sukar diungkapkan namun ia adalah sesuatu yang bisa membuatkan kit arasa bahagia dan kadangkala membuat jiwa gundah gulana. namun, apa yang aku rasakan kini adalah rasa yang bahagia. bahagia kerana memiliki cinta bersama dengan si dia, jejaka yang telah membuatkan aku rasa sungguh bahagia. membuatkan aku rasa sentiasa disayangi, membuatkan aku rasa tak tenteram dan rindu bila tak berjumpa. sesuatu yang sangat sukar  untuk diungkapkan. hanya mereka yang bercinta sahaja yang dapat merasainya. sangat indah.sesuatu yang sangat sukar digambarkan.

sejak kebelakangan ni, aku mula merasakan sudah sampaila masanya aku menamatkan zaman bujang aku, namun tak tau bila. kami sering berbincang perkara ni namun tiada kata putus yang muktamad. kami sepakat untuk menamatkan zaman bujang kami namun tarikh dan masanya je yang kami belum putuskan. namun setiap hari aku senantiasa berdoa agar dipermudahkan urusan jodoh kami berdua. dibukakan pintu rezeki kami seluas2nya..amin.. 

setelah hampir 4 tahun kami menyulam cinta, rasanya kini masa yang sesuai untuk kami mengabadikan cinta kami.. namun kami hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segalanya. tapi aku tak akan pernah berhenti berdoa pada Tujhan agar dipanjangkan jodoh kami dan dipermudahkan urusan jodoh kami berdua..Amin..

moga impian dan harapan kami tercapai dan dimakbulkan Tuhan..
Amin..

No comments:

Post a Comment