Monday, June 25, 2012

~ itukah cinta~


Pertama sekali aku ingin menngucapkan syukur kepada Allah kerana dikurniakan aku sebuah keluarga yang sangat bahagia. rasa syukur yang tidak terhingga kerana aku dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, keluarga yang memberikan aku segala-galanya. keluarga yang memberi aku kasih sayang, didikan agama dan duniawi yang sempurna, keluarga yang membuatkan aku jadi manusia..Alhamdullillah syukur.. terima kasih ya Allah..

Bila cakap soal cinta, pastinya semua pernah merasai cinta. cinta? siapa yang tak tahu apa itu cinta..semuanya tahu apa itu cinta..siapa yang pernah merasai cinta pastinya tahu apakah itu cinta, pastinya tahu bagaimana sakitnya cinta juga pasti tahu bagaimana indahnya cinta..cinta oh cinta..


Bagi aku sendiri,cinta yang aku alami sekarang adalah cinta yang buat aku rasa bahagia.. iya, ku akui aku bahagia. bahagia dengan cinta hatiku kini..dan aku sentiasa berharap yang hubungan kami ini mendapat restu dan keredhaan yang Esa. dan aku sentiasa berdoa yang hubungan kami ini sampai ke jinjang pelamin dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin.

Namun, semalam aku berdepan dengan situasi yang mana sebelum ni aku baca kat paper, tengok kat tv dengar kat radio jer..isteri curang..curang dengan lelaki lain..SubhanALLAH..sebelum ni, bila terdengar berita macam ni, aku cuma mampu istighfar dan berfikir, kenapa perlu ada pasangan yang curang? bukankan pasangan ang  dikahwini itu adalah cinta hatinya? bukankan pasangan yang dikahwini itu pasangan yang telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama? kadangkala bila difikirkan semula, aku jadi takot dan bimbang.. yela, sekarang aku masih belum menempuh alam rumah tangga, jadi aku masih tidak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam rumahtangga itu..namun aku berharap yang rumah tangga aku kelak akan bahagia sehingga ke akhir hayat..amin..


Semalam, aku lihat sendiri kecurangan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu.. SubhanALLAH..Hanya itu yang mampu aku ucapkan..tidak terkata aku dibuatnya. kalau kawan, aku masih boleh terima..biasala, bila berkahwin, hubungan kawan tidak akan terputus..namun, apa yang aku lihat semalam bukanlah hubungan yang hanya sekadar kawan, namun lebih kepada hubungan sulit..mana taknya, siap bermesra macam pasangan yang bercinta..entahla, terkejut aku dibuatnya..si isteri mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh si suami..keluar bekerja katanya, namun hakikatnya pergi menyulam cinta dengan kekasih hatinya..apa la nak jadi dengan dunia ni.


Yang membuatkan aku tertanya kekasih gelapnya tak terfikir ke yang perempuan itu adalah isteri kepada kaum sejenisnya dan ibu kepada anak-anaknya? kenapa sanggup menjadi punca kepada keretakan rumahtangga pasangan itu? kenapa sanggup ambil kesempatan di atas salah faham dan masalah yang dialami pasangan itu? apa yang akan kau peroleh? 
 
Terfikir akan aku andai si kekasih gelap itu ada isteri dan isterinya perlakukan perkara yang sama seprti yang dilakukannya kini, entah apala perasaannya tatkala itu..mungkin pada saat itu barulah dia mengerti apakah itu kesakitan akibat kecurangan..biarla..aku tak mahu masuk campur dalam urusan sesiapa pon kerana biarla dia dengan hidupnya. itu adalah jalan yang dipilihnya, biarla..yang aku tahu aku tak ganggu orang..tepuk dada, tanyala iman.


Dan yang pentingnya aku berharap yang hubungan cinta aku akan kekal bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..Amin..

No comments:

Post a Comment