Thursday, February 10, 2011

tuntutan agama atau tuntutan fesyen..






















fesyen tudung skarang ni memang dah berubah..macam2 fesyen dan gaya yang keluar..ada yg menarik dan ada gak yg terover tp semua tu bergantung kat selera masing-masing..bagi aku, aku suke yg simple tapi buat aku rasa selesa..

sekarang ni ke mana pun aku p, mesti terjumpa dengan manusia2 yang bertudung gaya 'bonggol unta' ni..memangla nampak cantik tapi terdetik dalam hati aku ni, bolehke bertudung mcm tu?seingat aku masa aku belajar dulu ustaz aku ada sebut ttg benda ni...cuma aku x berapa ingat dan tak berapa pasti..dan aku pernah terbaca sebelum ni ttg pemakaian 'bonggol unta' masa bertudung..ianya sesuatu yg dipanggil Tabarruj.

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan paras rupa, sama ada kecantikan di bahagian muka dan anggota badan yg lain, cara pemakain,berjalan,makeup dan perhiasan.lazimnya, perkara2 ni akan menarik perhatian lelaki untuk melihat wanita tersebut.Berpakaian yg boleh tarik perhatian lelaki(walaupun tanpa membuka aurat)adalah tabarruj dan ini adalah dilarang.Bonggolan unta pada kepala wanita juga termasuk dalam kategori Tabarruj yang dilarang.

" akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu2 masjid.wanita2 mereka (isteri mereka atau anak perempuan mereka)berpakaian sepertii bertelanjang (nipis & ketat).Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggulan atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai.oleh itu laknatla mereka semua. sesungguhnya mereka adalah wanita2 yang terlaknat"

Rasulullah s.a.w bersabda:

dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”(hadith riwayat Muslim. Hadith no 212)

bila difikir2 semula, semua ni terpulang pada niat setiap org yg bertudung tu..sama ada bertudung untuk menutup aurat kerana tuntutan agama mahupun bertudung sbb nak berfesyen semata..terpulang pd individu tu yg penting tutup aurat.“a secret makes a woman, women..
renung2kan dan selamat beramal..



No comments:

Post a Comment