Monday, February 14, 2011

1 malaysia 1 ummah

Syukur alhamdulillah sbb aku masih dipanjangkan umur untuk menyambut Maulidur Rasul 1432H untuk kesekian kalinya..terima kasih ya Allah..Maulidur Rasul adalah hari kebesaran bagi semua umat islam diseluruh dunia..dan tahun ini tema bagi sambutan maulidur rasul ialah '1 Ummah 1 Malaysia' .kenapa tema ni dipilih tahun ni?
Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu 1Malaysia 1Ummah adalah bertepatan dengan makna kerahmatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.1Malaysia yang melambangkan keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam sebuah negara majmuk adalah rahmat yang paling berharga buat seluruh rakyat Malaysia..(ucapan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: sumber utusan malaysia)

dan sebagai umat Islam kita sepatutnya menyambut kehadiran Maulidur Rasul ini dengan hati yang terbuka dan gembira..x perlula mengagungkan budaya barat sangat..pada aku generasi muda sekarang perlu diberi lebih pendedahan dan penerapan yang lebih tentang sambutan Maulidur Rasul ni..yela, bimbang generasi muda kita nanti terlupa akan sambutan Maulidur Rasul dalam kalendar Islam kita..dan pada aku apa yang kerajaan kita sedang usahakan dengan memberi pendedahan tentang sambutan Maulidur Rasul  sejak dari peringkat awal lagi adalah usaha yang mulia dan perlu dipuji. moga usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan dimasa hadapan..

dan harapan aku moga keharmonian dan perpaduan yang kita kecapi kini akan terus berkekalan sampai bila-bila..moga malaysia terus cemerlang, maju dan harmoni di bawah pimpinan Perdana Menteri kita Dato' Seri Najib Tun Razak.amin. 

salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia..

No comments:

Post a Comment