Sunday, February 13, 2011

valentine datang lagi..

sebut je hari valentine semua org mesti tau.. 14 februari mesti semua ingat..hari kasih sayangla, hari kekasihla..macam2 versi ada..bila tiba hari valentine ni plak macam2 hadiahla, hiasanla,kadla segala macam yg dijual..aku suka tgk sume tu coz nampak menarik cuma xdla nak menyambutnya juz suke tgk jerk..lagipun sejak dr dulu lagi dok kepoh dah kita sbg muslim tidak dibenarkan untuk menyambutnya..cikgu aku dulu pun dok sebut benda yg sama. hari valentine adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi..

apa sebenarnya valentine? siapa lak valentine ni? mungkin apa yg aku jumpa dari blog idhamlim ni blh dikongsi dan difahami dengan jelas..
  • Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.  Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
  • Versi pertama, pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
  • Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
  • Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
  • Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. (sumber: idhamlim.blogspot) 
dan kat bawah ni adalah laporan yg aku dapat dari berita harian online:


KUALA LUMPUR – Nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya orang ramai menjauhi acara bertemakan sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day esok hanya ditujukan kepada umat Islam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nasihat itu tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan kepada kaum lain.
“Nasihat itu adalah untuk memberitahu bahawa daripada sudut agama Islam ia (sambutan Hari Kekasih) tidak sesuai, tetapi itu bukan bermakna kita hendak merendah-rendahkan Hari Kekasih atau tidak menghormati kaum lain.
“Ada amalan yang mungkin dianggap orang lain sesuai tetapi dalam Islam tidak sesuai kerana kaitan sejarahnya itu tidak sesuai bagi masyarakat Islam. Saya harap perkara ini tidak menjadi perkara yang boleh menimbulkan perasaan curiga,” jelasnya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan terhadap perkhidmatan awam di Kuala Lumpur semalam.

daripada pembacaan kat atas ni, kita pun tau sambutan valentine ni xd kena mengena langsung dengan kita  sbg umat islam pun..bukannya nak kata aku ni baik dan terlalu sempurna, tapi biarla  anda sendiri yg membuat penilain berdasarkan pemikiran yang waras .memangla valentine ni hari sambut kasih sayang tapi bukanke setiap hari kita berkasih sayang ngan famili kita dan semua org yg kita sayang?..jd x perlulah ada hari tertentu nak sambut kasih sayang..semuanya terletak kat diri masing2..yang pasti kasih sayang itu perlu kita amalkan dalam kehidupan harian kita untuk kehidupan yang harmoni..


 




No comments:

Post a Comment