Saturday, February 12, 2011

shisha o shisha

lama dah aku terdengar pasal isu ni..sejak dari zaman aku sekolah menengah dulu..masa tu memang tengah famous gler sisha ni..blh dikatakan tiap2 hari dengar member2 aku dok citer pasal sisha ni..time aku kat u dulu pun dengar bebudak ni cite p layan sisha..nak lupakan tekanan katanya.entahla..biarla..masing2 dah baso..dah tau fikir mana yg baik dan buruk.time tu otak aku sibuk berfikir..bolehke hisap sisha ni? mcm2 versi yg aku dengar ttg hukum menghisapnya..

sampaila mlm td aku tengok kat tv berita ttg sisha ni..teringat balik kata2 roomate aku dulu, katanya sisha tu haram sbb memabukkan..memabukkan ke? aku pun x pernah cuba coz mmg xd minat dan keinginan langsung nak cube..biarla org nak kata aku tak ikot trend ke apa ke..yg pasti aku xnak mencubanya..sangat pasti..bukan apa, rasa gelila..yela, kan kena kongsi paip..ish..xmola..entah apa2 penyakit kang aku dapat..pastu ngan asap lagi..ish..xd la aku nak cube..jauh2kanla..

macam2 nama yg aku dengar org panggil shisha ni.ada yg panggil narghile,goza,hookah dan waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali dan sllu sgt digunakan.

tembakau shisha ni plak ada mcm2 jenis yg aku tahu..ada yg terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. ada gak yang ditambah dengan bahan perisa serta pewarna yang lain. bau dia plak manis dan seperti bau buah-buahan .ada gak yang tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.semua ni aku dengar dari member2 yang dah pernah cube benda ala ni..
 Ramai yg cakap shisha ni lebih selamat dari rokok tapi yang aku tau, tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.telahan aku betul bila aku dapat maklumat ni drpd WHO.  
satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit),dan asap yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit yang lain.

Manakala asap daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu ia juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan bahan penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit sistem pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogged arteries).

Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.

Walaupun kajian mengenai shisha ini belum dilakukan secara intensif sebagaimana yang dilakukan terhadap rokok, namun kajian awal telah menunjukkan bahawa shisha itu boleh membawa risiko dan bahaya yang sama yang disebabkan oleh rokok. 
Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternatif yang selamat bagi rokok. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.(sumber WHO)
Macamane plak hukumnya?seingat aku masa aku belajar kat sekolah agama dulu ustaz aku ada cakap 'setiap yang boleh memudaratkan atau mendatangkan bahaya, tidak kira secara perlahan atau serta merta, hukumnya adalah haram' entahla..aku pun bukan arif nak ulas tentang halal dan haramnya..biarla yg cerdik pandai je yg menilainya..
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.

Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.Renung2kan..

No comments:

Post a Comment